NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Wednesday, November 29, 2006

BPBW

kan betul? memang ramai yang marah dengan kenyataan saya berkenaan BPBM. Di tempat kerja, siapa yang membuka blog saya, rata2nya kata saya ni enti Indonesia.Sebenarnya bukan mcm tu, kita kan serumpun? Tak ada sebab saya mesti benci negara SeIslam. betul tak? Tapi, cerita tu langsung tak masuk akal. kalau nak buat cerita yang betul-betul tak logik tak apa. contohnya macam cerita tempatan kita, (XX RAY & PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM.) tidak melibatkan pihak berkuasa dan kerajaan. terus merepek. kita tonton pun suka-suka, senyum & ketawa. habis cerita bernafas macam biasa. tapi cerita BPBM, memberi satu emosi pada kita. marah pada pihak berkuasa negara yang langsung tak ambil peduli anak yang teraniaya. pulak tu, si pari-pari pun ada kelemahannya. kalau dah ilmu ghaib tu sepatutnya tau lah semua. tahyu... tahyul. nak tunggu pengajarannya? sampai sekarang ni pun, yang jahat terus menang. di mana kebenaran? kebodohan yang terserlah.Wallahhualam. jangan marah ha? ini komen dari hati saya... hehehe...

Friday, November 24, 2006

Bawang Putih Bawang Merah

Hari ini hari Jumaat. Semalam hari Khamis, saya terpanggil menonton t.v jam 2.30pm sebab kebetulan semalam saya bercuti. Tepat jam 2.30pm, saya baring di hadapan t.v ingin melihat sendiri kehebatan drama import itu. Konon bagus sangat, sana sini orang memperkatakannya. Rakan2 di tempat kerja pun akan bercerita cerita itu. Macam bagus sangatlah. Sebenarnya semalam bukan kali pertama saya menontonnya, tapi kali ke 2. Dulu saya dah rasakan hairannya dengan cerita begitu dianggap bagus, tapi mungkin siri itu yang tak menarik. Kata saya, tak mengapalah saya akan menontonnya lagi di lain kali. jadi semalam saya pun duduk dengan khusyuk.
Dah separuh jalan cerita itu saya tonton, saya rasa tidak ada bezanya dgn siri dahulu juga, masih tidak ada keistimewaan. (Sorry kalau ada yang marah dengan kenyataan ini) Drama dan filem sering dikaitkan dengan latar belakang cerita itu digarap. Apa yg dapat saya simpulkan di sini, begitu rupanya negara itu. (Negara si Bawang Putih & Merah). Pihak berkuasa tidak berkuasa langsung di mana anak yatim yg kematian ibu bapa terbiar & terus dianiaya. Pengadilan juga tidak berkuasa mengadili dgn adil, diperbodohkan ibu tiri si Bawang Putih. Apa yang saya lihat, moralnya cerita itu hanya satu : Orang jahat sentiasa menang. Yg lemah khususnya anak yg sebatang kara akan ditindas sewenangnya. Geramnya saya. Bukan kerana hebatnya pelakun melakunkan watak masing2 tapi bagaimana cerita begitu boleh bolos ke Malaysia? Sudah lebih 60 siri (2 bulan) tapi ibu tirinya masih menang dan berkuasa? Masih tak dapat bukti & menyelamatkan Bawang Putih? Isy isy isy... dahsyat sungguh pihak berkuasa mereka. Yg peliknya, ibu tiri itu membakar bilik ICU hospital utk menukar mayat ibu Bawang Putih pun tidak disiasat? Dgn senang2, pasakit dipindahkan & ditukar dgn jenazah pesakit lain. Begitukah cuainya hospital mereka? Kesian bangsa mereka kan?
Okeylah, saya berhenti dulu, nanti kalau ada peluang menonton lagi, saya cerita lagi. Kawan sebelah ni dah bising dah ajak pergi. Nanti merajuk pulak...
bye...