NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Thursday, September 06, 2007

MANA DAPAT ILHAM?

Beberapa hari lepas bos saya bertanya kegiatan penulisan saya, bertanya juga judul novel terbaru saya, berapa buah semuanya yang sudah terbit dan akhir sekali waktu bila saya mengarang dan bagaimana saya memperoleh idea(ilham).
SOALAN PERTAMANYA SAYA JAWAB : saya masih mengarang.

JAWAPAN UNTUK SOALAN KE DUA : novel terbaru saya berjodol KABUS SENJA, terbit di Creative Enteprise.

SOALAN KE TIGA : keseluruhan novel saya yang sudah terbit sebanyak 5 buah. masih ada lagi 3 buah di syarikat penerbitan, menunggu masa untuk terbit. Semuanya sudah diterima, cuma menunggu giliran.

SOALAN TERAKHIRNYA AGAK SUKAR SAYA JAWAB. Saya termenung sedikit lama, bukan saya tidak punya jawapan, tetapi bagaimana untuk saya menjelaskan dalam waktu yang singkat tetapi jawapan saya itu mesti padat dan mantap. Waktu bila saya berkarya dan dari mana saya memperoleh idea (ilham).

Sebenarnya bukan sahaja bos saya yang sering bertanya perkara itu, kan? malah ramai lagi dan rasanya semua penulis pernah ditanyakan begitu.
sebenarnya bagaimana kita memperolehi idea dan masa yang bagaimana sesuai untuk berkarya.
Jawapannya : bila2 masa. tidak kira tempat dan masa. cuma untuk duduk menulis, perlu di depan komputer. untuk berkarya kecuali waktu hakiki saya sebagai penjawat awam.

Idea (ilham) tidak boleh ditunggu datangnya, bukan hanya sekadar termenung mengira titik-titik hujan atau mendongak mengira berapa butir bintang yang sudi berkerdip. Atau semanis mana bulan tersenyum, sesayu mana pungguk merayu. Atau termenung di pantai2, menghitung ombak memukul pantai. Buih2 yang terbit dik kuatnya paluan ombak. Tetapi penulis perlu mengumpul di antara apa yang dilihat, apa yang didengar dan apa yang dirasanya. Ketiga tiga perkara itu akan digarap menjadi sebuah karya, disuntikkan sedikit emaginasi melalui kreativiti semula jadi dan seberapa banyak kajian yang boleh. Sumber tempat pencarian maklumat, banyak. di akhbar, majalah, buku-buku, media elikronik termasuk komputer.

kalau hanya kisah benar, novel itu akan menjadi hambar dan tawar.

Rasanya cukuplah hanya disini, penerangan secara asas, bagaimana mendapatkan idea untuk menulis. Tapi apa yang penting dan perlu ada pada setiap penulis adalah disiplin diri. Tidak boleh bosan atau jemu, berputus asa atau mengalah. Merajuk langsung tidak boleh ada di dalam kamus hidup penulis. Kerana jika penulis merajuk kerana karyanya ditolak penerbit, penulis itu tidak akan belajar dari kesilapan.

4 Comments:

At 11:54 PM, Blogger Najwa Aiman said...

Weehh..!!! Selamat kembali ke dunia blog! Ekekekekeke.... lama sungguh menyepi.. berhibernasi ke?

 
At 9:51 PM, Blogger Rasha_rz said...

Terima kasih Najwa. Prihatin juga adik pada akak ye? Menyepi bukan sebarang menyepi, menyepi berisi beb? Ha, ini nak bagitahu, novel akak yang lama terperam di cesb dah pun terbit. Baru bulan ogos ni. Terima kasih juga pada cesb.

 
At 11:21 PM, Blogger tanne hadihaz / zahida zarkasi said...

Wah cayalah! Dah nak masuk 8 novel ek! Ni yg jeles ni! Tahniah di atas kelahiran KABUS SENJA. Tak sabar nak baca!
p/s : Letak le cover KS.

 
At 11:58 PM, Blogger Rasha_rz said...

Apa nak dijeleskan dik. Baru nak masuk 8, yang terbit baru 5. Dan... para cikgu sekelian, jangan lupa dapatkan KABUS SENJA kerana diri anda ada di dalamnya. Saya? Saya hanya murid yang malang itu.... Yang sering menangis sendirian, tapi itu dulu, sewaktu bergelar penuntut. Sekarang dah tak kenal air mata lagi. Dah tak malang. hehehe....

 

Post a Comment

<< Home