NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Thursday, October 19, 2006

Royalti pertama

Hai, saya kembali mengisi juadah di blog ini, untuk santapan rakan2 dan ahli2 BUKU PRIMA khususnya. Pertamanya terima kasih pada Prima (En. Ali & Puan Nora) kerana telah menunaikan janji mereka untuk membayar royalti pertama untuk novel pertama saya (TAK KUDUGA) dengan mereka. Terima kasih sekali lagi. Walaupun tujuan asal penglibatan saya di bidang penulisan (sastera) bukan kerana wang namun apabila menerima ganjaran pertama dari hasil lelah saya, saya cukup gembira. Rupa2nya begini yang penulis2 rasakan apabila menerima durian runtuh hasil penulisan. Walaupun tidak sebegitu banyak namun saya berasa semakin terpanggil dan bersemangat untuk terus menulis. Nah! kepada rakan2 penulis yang baru mahu berjinak2, apa lagi? Ayuh, mulakan pengkaryaan anda sekarang juga. Tapi mesti ingat! jangan jadikan wang dan ganjaran atau anugerah sebagai mercutanda. Yang penting, minat, bakat dan kecintaan kita pada sastera. Mahu menjadikan masyarakat pembaca, remaja tidak merewang tetapi cinta buku dan novel, itu yang penting. Jika hasil penat kita dibayar, syukur alhamdulillah... itu rezeki Allah, terima ia dengan senang hati. ( ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA).

Sekali lagi terima kasih banyak2 pada BUKU PRIMA (DASAR CETAK)

Friday, October 13, 2006

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, hai salam Ramadhan untuk semua pengunjung pintu blog saya.... Rasanya masih belum lewatkan? Salam syawal juga untuk semua. Maaf zahir dan batin...
Teruskan berkarya dan mengarang. Seperkara lagi, dapat kan novel ke4 saya (SARA KIRANA) yang akan berada di pasaran selewat2nya bulan 10 ini... bye....