NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Thursday, February 28, 2008

Kembalinya seorang penderita barah payudara

Innalillahiwainnailahiwarojiun.
Alfatihah untuk Allahyarham Sabatiah.

Masih ingat N3 kak ila ...

Sunday, February 11, 2007

barah payudara?

Beliau adalah isteri sepupu kak ila. Telah pulang ke Rahmatullah pada Sabtu 23 Feb 2008. Setelah hampir 10 tahun menderita penyakit maut itu, dia dan keluarga pasrah ketentuan-Nya.

Arwah Sabatiah seorang guru di Sekolah Manjong. Berasal dari Kampung Lambor Kiri Perak. Pada awalnya beliau menemui satu ketulan kecil di payudara kirinya, waktu itu beliau belum lagi berumah tangga. Dibuang terus oleh sebuah hospital. Alhamdulillah beliau bebas dari barah. Setelah berumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak perempuan, sekali lagi beliau menemui sesuatu di payudara yang sama. Malangnya pihak klinik yang merawatnya tidak mengesyaki sebarang kemungkinan kenser. Menurut doktor, ketulan itu hanya air susu yang membeku (tidak habis diminum bayinya yg baru berusia beberapa bulan). Kerana kesedaran penyakit maut itu kuat, maka arwah merujuk kesnya ke HUKM. Selepas biopsi diambil, sahlah ketulan tersebut adalah kenser. Pembedahan membuang sebelah payudaranya dijalannya dengan jayanya. Sekali lagi beliau bebas dari sel kenser. W/bagaimanapun beliau tidak lupa menjalani pelbagai siri membunuh sel kenser tersebut. Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan rawatan perubatan yang kian canggih di negara kita, Allahyarham Sabatiah dapat hidup dengan sempurna dan berbahagia dengan keluarga kecilnya. Kekuatan dalaman serta kasih sayang suami, menambahkan lagi jangka hayatnya. Itu kata para doktor yang menyedari sel kenser beliau kembali aktif 10 tahun kemudian. Ditahap 4. Iaitu tahap terakhir (paling bahaya).

Arwah dan suami kekal tabah, jika dilihat pada rona wajahnya, langsung tidak ditemui sebarang penderitaan dan ketakutan pada kematian. Setiap detik, beliau hanya menyebut, 'Saya perlu terus hidup demi anak2 dan suami.' Tidak langsung ada kesedihan di wajahnya, sebaliknya saya pula yang hiba dan menitiskan air mata acapkali bertemunya. Ya Allah, tabah benar dia.

Namun, kita hanya merancang, Allah penentu segalanya. Pada hari raya aidilfitri pertama (2007) beliau jatuh sakit. Kenser sudah menyerang ke paru2. Siri rawatan kenser sudah dihentikan, yang diteruskan hanyalah kasih sayang suami dan keluarga tercinta. Tanpa mengenal penat lelah dan kecewa, suami beliau terus menjadi suami, ibu, ayah dan jururawat di rumah. Selain perlu keluar bekerja, suami melunaskan tanggungjawabnya dengan sempurna. Alhamdulillah, Arwah Sabatiah dikurnia suami yang cukup prihatin. Tahniah kepadanya.

Alfatihah

18 Comments:

At 1:17 AM, Blogger puteri said...

innalillah..

kak..tuka topik kjp..hehe

Isi ruang kosong di bawah dan hantarkan kembali kepada saya.

A- Tiga perkara awak tidak lupa tentang saya :
=
=
=

B- Nama gelaran saya :
=

C- Nama saya save dalam handphone awak :
=

D- Perkataan yang selalu saya cakap :
=

E- Best word gembirakan saya :
=
=
=

F- Awak mahu saya menjadi awak punya :
=

 
At 5:57 AM, Blogger bernard n. shull said...

i did a little research after you told me about your "thing", and if you want a way to make more money using your your blog you can enter this site: link. bye.

 
At 8:18 PM, Blogger SYUKUR A MIRHAN said...

Assalamu'alaikum,
Gimana kabarnya Rasha? Dah lama saya gak bertautan sama Rasha. Adakah novel-novel terbaru Rasha?

 
At 7:57 AM, Blogger abdullahjones said...

:(

 
At 1:19 AM, Blogger ajym said...

APASAL TERLALU OUTDATED....TAK UPDATE KE....

 
At 12:11 AM, Blogger Rasha_rz said...

ala si ajym ni. tak reti2 ke nak jengah ke salam kenal salam sayang ramlah-rashid di sebelah tu... di situ pelbagai info terkini dok ada. cet dgn pak han & pak mei pun ada... jom ke salam kenal salam salam sayang
klik di bawh gambar tu...

 
At 12:14 AM, Blogger Rasha_rz said...

puteri... sorry lama sangat tak reply awak. kak ila tak perasaan sebab kak ila dah jarang ke sini. lain kali, masuk ke salam kenal salam sayang je yek? kita blh berbual di sana. puteri cuma klik pada nama 'Rasha_rz' tu, dan klik pada salam kenal salam sayang. dah boleh tengok kak ila.
ha, pasal nak isi ruang kosong tu, kak ila tak reti. nak buat macam mana? ajar sikit.

 
At 12:33 AM, Blogger Rasha_rz said...

bernard n. shull terima kasih sudi ke sini. nanti saya akan ke sana, melihat2. tunggu... thanks for coming

 
At 12:36 AM, Blogger Rasha_rz said...

Syukur A Mirhan. terima kasih sudi kesini.saya baik2 saja. kalau saudara syukur mahu melihat karya terkini saya, boleh saja menjengah ke salam kenal salam sayang ramlah-rashid. ada sedikit info di sana. just klik pada nama Rasha_rz, saudara boleh bolos ke sana. lihat & ambillah apa yg dimahukan.

 
At 6:55 PM, Blogger ajym said...

ala Am ni...pecah rahsia tau...org panggil abg ajym...tetiba am pak jalil pula...panggilla pak ajym ke ...pak ayien ke... glemerla sikit...diorang tak tau lagi nama ...

 
At 7:09 PM, Blogger Rasha_rz said...

Oo... soryy ha! ajym. ha... blh pinjam nama ajym ni tak? utk next novel? apa... makna ajym yek? hee.. pandai2 tuko nama. okeylah ajym, saya dah link add ajym kat blog salam kenal salam sayang ramlah-rashid. datanglah tengok ye?

 
At 5:21 PM, Blogger ajym said...

hahaha...ajym tu short cut dari abd jalil yeop majlis la...itu aje...

apa...nak guna nama ajym utk masuk novel... silala.. dialu2kan..nanti boleh suruh semua nubies(peminat2 nubhan yg kini jumlah yg berdaftar terdapat 3,600 org beli buku am...nama ajym pun dah fofular dikalangan nubies tegar...hehehe...)

kat blog salam kenal salam sayang ramlah-rashid tu kat mana pula... kat blog yg ini tak jumpa pun...bagilah addressnya...

 
At 4:55 PM, Blogger ummusaif said...

salam ukhuwwah.cerita tentang penghidap kanser ni amat kerap kita temui dalam hidup kita, ini bermakna ia jadi semakin tinggi peratusnya dalam masyarakat kita, moga penulis seperti puan dapat menyelitkan kisah yang dapat meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan menjaga kesihatan,pemakanan dan berfikiran positif.

 
At 9:51 PM, Blogger flp said...

Rasha, saya minta alamat dan email Darun Nu'man. Saya ingin mengirim cerita-cerita buat DN. Mohon balas

 
At 5:49 AM, Blogger Rasha_rz said...

flp...
maaf, lambat benar reply comment sdr/i. Saya tak perasan... sorry.
saya cuba ke blog anda tapi tak boleh nak masuk. sorry sekali lagi.
Tapi Darun Nu'man tu siapa? Maaf, saya tak perasaan...

 
At 5:50 AM, Blogger Rasha_rz said...

ummusaif.
saya sudah ke blog anda tapi tak tinggalkan sebarang jejak. sekadar membaca beberapa info di sana. terima kasih

 
At 1:10 PM, Blogger Teluk Bakong said...

salam

la Am sabatiah tu aku kenal, suami dia best friend aku

 
At 9:09 AM, Blogger Teluk Bakong said...

salam Ramlah

Takziah kpd Firdaus dan tahniah juga kerana kesabaran beliau

 

Post a Comment

<< Home