NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Saturday, May 20, 2006

Panduan menulis novel

Hi, agak lama juga saya tidak mengabdit rumah sembang saya. Kepada teman yang masih sudi singgah, terima kasih. Pada teman baru yang pernah bolos memberi salam ke dalam email saya, juga terima kasih pada beliau. Walaupun tidak pernah bersua namun kita dah seperti kawan. TQ.

Teman itu ingin mengetahui sedikit sebanyak cara mengarang novel. Saya bukan pandai, tidak juga mahir. Cuma sudah menerbitkan 3 novel dan bakal menerbitkan 2 lagi dlm jangka masa beberapa bulan ini. Belum boleh dianggap berjaya. Untuk panduan awal kpd. rakan itu, di sini saya beri sedikit panduan.

1) Fikirkan cerita apa yang hendak diceritakan.
2) Pilih nama yang anda fikirkan sesuai.
3) Create sinopsis secara rambang (mesti dibetulkan dari semasa ke semasa)
4) Tulislah apa yang anda mahu diceritakan. Tulis sahaja meski tidak ditil. dari semasa ke semasa terus perbetulkan, bentuk bab demi bab.
5) Jika sudah kehabisan idea / ilham, jangan putus asa, baca semula apa yang sudah kita tulis. memang agak penat sikit tapi itu salah satu cara untuk kita mengundang ilham.
6) Sambung cerita sedikit demi sedikit, jika sudah cukup panjang dan idea langsung tidak menyebelahi kita, simpan dan peram lama. Mungkin 2 ke 3 bulan? dalam masa itu, buat cerita lain. Buka semula apabila sudah lupa cerita pertama. Baru umh. Cubalah.....

- Ada dua cara menulis novel, saya pun ketahuinya dari rakan penulis juga... bukan pro sangat. Pertama : 1- Susun plot mengikut bab. 2- Terus menulis.
Anda boleh memilih yg mana dirasakan sesuai dgn anda, asalkan selesa.
Bye... jumpa lagi.

Friday, May 12, 2006

Novel baru

Hi, assalamualaikum. Saya baru menyudahkan novel terbaru saya yang diberi judul CINTA SARA KIRANA. Semoga dengan judul ini dapat memuaskan hati editor yg bakal menyemak manuskrip saya. Saya sedih bila judul novel MENGGAPAI GAPURA KASIH ditukar kepada TAK KUDUGA. Nampak simple sangat tapi apa boleh buat, dah kehendak penerbitkan? Walau apa pun saya bersyukur kerna menurut penerbit, novel TAK KUDUGA mendapat sambutan, alhamdulillah.... Mungkin benar juga judul baru itu membawa tuah. Penerbit lebih arif, pun begitu saya masih berharap agar novel terbaru saya ini tidak ditukar lagi.

SARA KIRANA adalah watak penting di dalam novel tersebut. Nama asalnya adalah Maisarah. Isteri yang diceraikan tanpa diberitahu kesalahannya, hanya yg diketahuinya dia membosankan. Maisarah bangkit menjadi wanita kuat dan berani, tidak bergantung pada sesiapa. Maisarah berusaha menjadi novelis dan namanya ditukar kpd SARA KIRANA.

SARA KIRANA akhirnya dilamar adik iparnya yang mencintainya sebelum dia berkahwin. Cinta mereka dihalang bekas ibu & bapa mentuanya memandangkan statusnya sebagai janda. Selepas menghadapi pelbagai rintangan akhirnya SARA KIRANA / Maisarah berjaya diijapkabulkan. Apakah mereka bahagia dengan istilah 'salin tikar'? Tunggu munculnya CINTA SARA KIRANA.