NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Monday, September 10, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI

Alhamdulillah, setahun lagi berganjak usia, aku masih di sini. Di bumiMu. Mudah2an masih berkesempatan melihat langit Ramadhan yang bakal menjenguk beberapa hari lagi. Seperti tahun2 sebelumnya, azam tetap azam. Sama ada tertunai atau tidak hanya pembuat azam dengan Allah sahaja yang mengetahui. Aku turut berazam untuk bertarawih setiap malam yang aku bersih dari keuzuran berserta menyanyikan syair Allah dari KalamNya. Tapi malangnya minggu pertama sahaja aku lihat di rosterku, aku terpaksa bertugas petang, diikuti tugasan malam. Tugasan petang akan berlangsung dari 2 petang hingga 9 malam. Disambung pula tugasan malam dari 9 malam hingga 7 pagi. Mana mungkin aku berjemaah sunat tarawih? Ahh, mungkin bukan rezekiku dan kerjaku juga masih dianggap ibadah selagi aku ikhlas. Itu cara aku membujuk hati yang sedikit terkilan. Pesakit tetap membutuhkan kami, tidak kira di bulan apa dan diwaktu bagaimana... aku ngerti, namun air mata menitis juga. Kasihan anak2 yang masih kecil berbuka puasa sendirian di rumah, melayan diri masing2. Dan waktu bersahur juga mereka akan bangun sendiri, melayan diri sendiri. Bertahun sudah aku lalui keadan begini sehingga anak2 dengan sendirinya memahami. Tidak pernah mereka mengeluh, komplen juga tidak. Malah memberi semangat padaku, Alhamdulillah...

Thursday, September 06, 2007

MANA DAPAT ILHAM?

Beberapa hari lepas bos saya bertanya kegiatan penulisan saya, bertanya juga judul novel terbaru saya, berapa buah semuanya yang sudah terbit dan akhir sekali waktu bila saya mengarang dan bagaimana saya memperoleh idea(ilham).
SOALAN PERTAMANYA SAYA JAWAB : saya masih mengarang.

JAWAPAN UNTUK SOALAN KE DUA : novel terbaru saya berjodol KABUS SENJA, terbit di Creative Enteprise.

SOALAN KE TIGA : keseluruhan novel saya yang sudah terbit sebanyak 5 buah. masih ada lagi 3 buah di syarikat penerbitan, menunggu masa untuk terbit. Semuanya sudah diterima, cuma menunggu giliran.

SOALAN TERAKHIRNYA AGAK SUKAR SAYA JAWAB. Saya termenung sedikit lama, bukan saya tidak punya jawapan, tetapi bagaimana untuk saya menjelaskan dalam waktu yang singkat tetapi jawapan saya itu mesti padat dan mantap. Waktu bila saya berkarya dan dari mana saya memperoleh idea (ilham).

Sebenarnya bukan sahaja bos saya yang sering bertanya perkara itu, kan? malah ramai lagi dan rasanya semua penulis pernah ditanyakan begitu.
sebenarnya bagaimana kita memperolehi idea dan masa yang bagaimana sesuai untuk berkarya.
Jawapannya : bila2 masa. tidak kira tempat dan masa. cuma untuk duduk menulis, perlu di depan komputer. untuk berkarya kecuali waktu hakiki saya sebagai penjawat awam.

Idea (ilham) tidak boleh ditunggu datangnya, bukan hanya sekadar termenung mengira titik-titik hujan atau mendongak mengira berapa butir bintang yang sudi berkerdip. Atau semanis mana bulan tersenyum, sesayu mana pungguk merayu. Atau termenung di pantai2, menghitung ombak memukul pantai. Buih2 yang terbit dik kuatnya paluan ombak. Tetapi penulis perlu mengumpul di antara apa yang dilihat, apa yang didengar dan apa yang dirasanya. Ketiga tiga perkara itu akan digarap menjadi sebuah karya, disuntikkan sedikit emaginasi melalui kreativiti semula jadi dan seberapa banyak kajian yang boleh. Sumber tempat pencarian maklumat, banyak. di akhbar, majalah, buku-buku, media elikronik termasuk komputer.

kalau hanya kisah benar, novel itu akan menjadi hambar dan tawar.

Rasanya cukuplah hanya disini, penerangan secara asas, bagaimana mendapatkan idea untuk menulis. Tapi apa yang penting dan perlu ada pada setiap penulis adalah disiplin diri. Tidak boleh bosan atau jemu, berputus asa atau mengalah. Merajuk langsung tidak boleh ada di dalam kamus hidup penulis. Kerana jika penulis merajuk kerana karyanya ditolak penerbit, penulis itu tidak akan belajar dari kesilapan.

Wednesday, September 05, 2007

kembali dengan KABUS SENJA

Hai, assalamualaikum. lama aku tidak mencoret sesuatu di sini. entah kenapa banyak yang menghalang. almaklum aku hanya manusia biasa, hanya bisa merancang tapi Tuhan menentukan.

Kini aku kembali dengan KABUS SENJA. Novel ke 5 aku keseluruhannya yang berada di pasaran. pun begitu baru ke 2 di Creative Enteprise. syukur alhamdulillah, meski 3 tahun menunggu kelahirannya.

KABUS SENJA SEBUAH CERITA MASYARAKAT REMAJA DAN KELUARGA.
Norain merupakan anak penagih dan pengedar dadah. sewaktu dia masih kanak2, ayahnya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati mandatori. sana sini orang mencemuhnya. Namun Norain tabah demi ibu tercinta.

sewaktu hampir menduduki SPM ibunya turut kembali ke ke rahmatullah. tinggallah Norain sebatang kara tanpa sanak saudara, lebih teruk lagi dia gagal dalam SPM. Cikgu Nawawi yang selama ini banyak memberi perhatian & peransang terlalu kecewa dengan kegagalannya. namun betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Norain bukan sahaja kecewa kerana gagal SPM tetapi juga kerana gagal menjejak sahabat2nya ke menara gading. Cikgu Nawawi berjaya menjejaknya, memberi semangat dan mengangkatnya sebagai adik angkat. Norain menduduki SPM kali ke dua dan berjaya bergelar penuntut IPTA.

Syafik dan Farisya dua orang sahabat karib Norain yang terlalu memahaminya bertahun lamanya, mereka bertindak peniup semangat. Namun dalam diam ke 3 mereka terjerat dalam kancah cinta 3 segi. Syarik dan Norain sudah lama menyimpan cinta masing-masing demi mengejar cita2, perasaan mereka tidak diketahui sesiapa meski Farisya. apabila Norain menyedari Farisya mencintai Syarik, dia berundur. jalan paling mudah adalah memancing Cikgu Nawawi. Cikgu Nawawi mengahwini Norain dalam waktu yang singkat. Syafik kecewa lantas memutuskan persahabatannya dengan Farisya. Farisya juga kecewa lantas memutuskan persahabatannya dengan Norain. dia memfitnah Norain padaCikgu Nawawi. katanya Norain dan Syafik masih menjalin perhubungan terlarang.

Akibat kecewa, Cikgu Nawawi bertindak drastik, apa berlaku pada Norain seorang isteri yang tabah tapi teraniaya yang masih menuntut di IPTA? hayatilah KABUS SENJA.

KEPADA GURU2, TAHNIAH KERANA DIDIKASI ANDA. AKU HADIAHKAN CERITRA INI PADA ANDA SEMUA. DAN KEPADA BEKAS2 GURU YANG PERNAH MENGAJAR AKU SEJAK TAHUN 70an HINGGA 80an, TERIMA KASIH BANYAK2. KABUS SENJA INI JUGA KHAS BUAT ANDA SEMUA. JASA ANDA SEMUA MENDIDIKKU TIDAK MUNGKIN BERJAYA KUBALAS.