NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Thursday, February 28, 2008

Kembalinya seorang penderita barah payudara

Innalillahiwainnailahiwarojiun.
Alfatihah untuk Allahyarham Sabatiah.

Masih ingat N3 kak ila ...

Sunday, February 11, 2007

barah payudara?

Beliau adalah isteri sepupu kak ila. Telah pulang ke Rahmatullah pada Sabtu 23 Feb 2008. Setelah hampir 10 tahun menderita penyakit maut itu, dia dan keluarga pasrah ketentuan-Nya.

Arwah Sabatiah seorang guru di Sekolah Manjong. Berasal dari Kampung Lambor Kiri Perak. Pada awalnya beliau menemui satu ketulan kecil di payudara kirinya, waktu itu beliau belum lagi berumah tangga. Dibuang terus oleh sebuah hospital. Alhamdulillah beliau bebas dari barah. Setelah berumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak perempuan, sekali lagi beliau menemui sesuatu di payudara yang sama. Malangnya pihak klinik yang merawatnya tidak mengesyaki sebarang kemungkinan kenser. Menurut doktor, ketulan itu hanya air susu yang membeku (tidak habis diminum bayinya yg baru berusia beberapa bulan). Kerana kesedaran penyakit maut itu kuat, maka arwah merujuk kesnya ke HUKM. Selepas biopsi diambil, sahlah ketulan tersebut adalah kenser. Pembedahan membuang sebelah payudaranya dijalannya dengan jayanya. Sekali lagi beliau bebas dari sel kenser. W/bagaimanapun beliau tidak lupa menjalani pelbagai siri membunuh sel kenser tersebut. Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan rawatan perubatan yang kian canggih di negara kita, Allahyarham Sabatiah dapat hidup dengan sempurna dan berbahagia dengan keluarga kecilnya. Kekuatan dalaman serta kasih sayang suami, menambahkan lagi jangka hayatnya. Itu kata para doktor yang menyedari sel kenser beliau kembali aktif 10 tahun kemudian. Ditahap 4. Iaitu tahap terakhir (paling bahaya).

Arwah dan suami kekal tabah, jika dilihat pada rona wajahnya, langsung tidak ditemui sebarang penderitaan dan ketakutan pada kematian. Setiap detik, beliau hanya menyebut, 'Saya perlu terus hidup demi anak2 dan suami.' Tidak langsung ada kesedihan di wajahnya, sebaliknya saya pula yang hiba dan menitiskan air mata acapkali bertemunya. Ya Allah, tabah benar dia.

Namun, kita hanya merancang, Allah penentu segalanya. Pada hari raya aidilfitri pertama (2007) beliau jatuh sakit. Kenser sudah menyerang ke paru2. Siri rawatan kenser sudah dihentikan, yang diteruskan hanyalah kasih sayang suami dan keluarga tercinta. Tanpa mengenal penat lelah dan kecewa, suami beliau terus menjadi suami, ibu, ayah dan jururawat di rumah. Selain perlu keluar bekerja, suami melunaskan tanggungjawabnya dengan sempurna. Alhamdulillah, Arwah Sabatiah dikurnia suami yang cukup prihatin. Tahniah kepadanya.

Alfatihah