HUI YEE & MISI ANGKASA LEPAS
Syukur alhamdulillah. Sejarah demi sejarah tercipta. Negara melangkah gagah segah kemerdekaan yang ke 50. Belum lagi habis rasa bangga kita pada kejayaan 2 wira muda negara - Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Faiz terpilih terbang ke angkasa, kini satu lagi sejarah dicatat. Sejarah kejayaan sekumpulan perubatan memindahkan jantung penderma kepada adik Hui Yee 14 tahun membuat air mata saya menitis. Bangga dan rasa benar2 bersyukur. Akhirnya seorang gadis cilik berjaya diselamatkan.
MasyaAllah, besarnya kuasa Allah. Dahulu darah, kemudian buah pinggang, hati dan kini jantung dan paru2 juga boleh dikongsikan. Allah telah membukakan hati manusia mengkaji dan terus mengkaji. Syukur alhamdulillah. Semoga kepulangan Dr.Sheikh dan Dr. Faiz nanti bakal menemukan seberapa banyak lagi keajaiban dan kebaikan, demi membantu yang dalam kesusahan.
4 Comments:
aku hanya layak menjadi angkasawan di dalam novel sahaja...hehe
SALAM LEBARAN...MAF ZAHIR & BATIN!
hahaha... kak ila pun. Kita kan pernah jadi ibu, ayah, anak malang, anak bahagia, cikgu, doktor malah penternak juga. tapi semuanya di dalam buku...
Teknologi terkini membantu menyelamatkan nyawa tetapi jika disalah guna menjadikan manusia semakin sombong dan ingin menjadi Tuhan.
Lihat saja gelagat MR. Semak di negara Uncle Sam.
Zalisa - MR?Apa tu? Mungkin kak ila tak faham singkatan tu, sorry...
Post a Comment
<< Home