Royalti pertama
Hai, saya kembali mengisi juadah di blog ini, untuk santapan rakan2 dan ahli2 BUKU PRIMA khususnya. Pertamanya terima kasih pada Prima (En. Ali & Puan Nora) kerana telah menunaikan janji mereka untuk membayar royalti pertama untuk novel pertama saya (TAK KUDUGA) dengan mereka. Terima kasih sekali lagi. Walaupun tujuan asal penglibatan saya di bidang penulisan (sastera) bukan kerana wang namun apabila menerima ganjaran pertama dari hasil lelah saya, saya cukup gembira. Rupa2nya begini yang penulis2 rasakan apabila menerima durian runtuh hasil penulisan. Walaupun tidak sebegitu banyak namun saya berasa semakin terpanggil dan bersemangat untuk terus menulis. Nah! kepada rakan2 penulis yang baru mahu berjinak2, apa lagi? Ayuh, mulakan pengkaryaan anda sekarang juga. Tapi mesti ingat! jangan jadikan wang dan ganjaran atau anugerah sebagai mercutanda. Yang penting, minat, bakat dan kecintaan kita pada sastera. Mahu menjadikan masyarakat pembaca, remaja tidak merewang tetapi cinta buku dan novel, itu yang penting. Jika hasil penat kita dibayar, syukur alhamdulillah... itu rezeki Allah, terima ia dengan senang hati. ( ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORANG MEMBERI KITA MERASA).
Sekali lagi terima kasih banyak2 pada BUKU PRIMA (DASAR CETAK)
5 Comments:
bestnya dah dpt royalti... tentu lagi bersemangat nak menulis,kan? saya ni entah bila le nak merasai kegembiraan yg sama...
Yah kayo ... makcik kayoooooo .. hehehe apa berita dari kak?
Tak adalah kayanya dik.... Beberapa keping duit kertas je. Bukan penulis besar pun. Novel pecisan je.... Tapi sebagai penulis baru rasanya akak saja nak meuar-uarkan pada rakan lain yang bercita2 mahu menulis, supaya mereka semakin bersemangat. Untuk awak juga SF...
diam2 ek? amboiiiiii
Awak pun akan merasanya nanti apabila novel pertama awak tu meniti waktu perjanjiannya. PErcayalah....
Post a Comment
<< Home