Tuesday, January 06, 2009
Thursday, February 28, 2008
Kembalinya seorang penderita barah payudara
Innalillahiwainnailahiwarojiun.
Alfatihah untuk Allahyarham Sabatiah.
Masih ingat N3 kak ila ...
Sunday, February 11, 2007
barah payudara?
Beliau adalah isteri sepupu kak ila. Telah pulang ke Rahmatullah pada Sabtu 23 Feb 2008. Setelah hampir 10 tahun menderita penyakit maut itu, dia dan keluarga pasrah ketentuan-Nya.
Arwah Sabatiah seorang guru di Sekolah Manjong. Berasal dari Kampung Lambor Kiri Perak. Pada awalnya beliau menemui satu ketulan kecil di payudara kirinya, waktu itu beliau belum lagi berumah tangga. Dibuang terus oleh sebuah hospital. Alhamdulillah beliau bebas dari barah. Setelah berumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak perempuan, sekali lagi beliau menemui sesuatu di payudara yang sama. Malangnya pihak klinik yang merawatnya tidak mengesyaki sebarang kemungkinan kenser. Menurut doktor, ketulan itu hanya air susu yang membeku (tidak habis diminum bayinya yg baru berusia beberapa bulan). Kerana kesedaran penyakit maut itu kuat, maka arwah merujuk kesnya ke HUKM. Selepas biopsi diambil, sahlah ketulan tersebut adalah kenser. Pembedahan membuang sebelah payudaranya dijalannya dengan jayanya. Sekali lagi beliau bebas dari sel kenser. W/bagaimanapun beliau tidak lupa menjalani pelbagai siri membunuh sel kenser tersebut. Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan rawatan perubatan yang kian canggih di negara kita, Allahyarham Sabatiah dapat hidup dengan sempurna dan berbahagia dengan keluarga kecilnya. Kekuatan dalaman serta kasih sayang suami, menambahkan lagi jangka hayatnya. Itu kata para doktor yang menyedari sel kenser beliau kembali aktif 10 tahun kemudian. Ditahap 4. Iaitu tahap terakhir (paling bahaya).
Arwah dan suami kekal tabah, jika dilihat pada rona wajahnya, langsung tidak ditemui sebarang penderitaan dan ketakutan pada kematian. Setiap detik, beliau hanya menyebut, 'Saya perlu terus hidup demi anak2 dan suami.' Tidak langsung ada kesedihan di wajahnya, sebaliknya saya pula yang hiba dan menitiskan air mata acapkali bertemunya. Ya Allah, tabah benar dia.
Namun, kita hanya merancang, Allah penentu segalanya. Pada hari raya aidilfitri pertama (2007) beliau jatuh sakit. Kenser sudah menyerang ke paru2. Siri rawatan kenser sudah dihentikan, yang diteruskan hanyalah kasih sayang suami dan keluarga tercinta. Tanpa mengenal penat lelah dan kecewa, suami beliau terus menjadi suami, ibu, ayah dan jururawat di rumah. Selain perlu keluar bekerja, suami melunaskan tanggungjawabnya dengan sempurna. Alhamdulillah, Arwah Sabatiah dikurnia suami yang cukup prihatin. Tahniah kepadanya.
Alfatihah
Alfatihah
Sunday, January 13, 2008
Sharlinie Mohd. Nashar
Selepas adik Nurin, kini kanak2 hilang lagi!
Siapa agaknya yang suka benar mencuri anak orang?
Tak ada kerja lain ke selain menculik kanak2?
Nak buat apa menculik?
Itu di antara keluhan dan rungutan2 umum.
Persoalannya :
Jika sex penyebabnya, ada juga kanak2 lelaki yang diculik dan disimpan lama. Dendam? Selepas beberapa kes berjaya dirungkai, jarang ada yang melibatkan balas dendam antara individu. Tak siuman? mungkin, tapi sejauh mana benarnya dan berapa kes melibatkannya. Penyeludupan kanak2? Aduh! sedihnya. Banyak2 cabang rezeki, masih ada yang terpanggil untuk memperdagangkan kanak2. Tebusan? ianya mesti melibatkan anak2 orang kaya.
Tapi kemungkinan terakhir, kini tidak lagi melibatkan anak2 usahawan mahupun jutawan, kerana di Malaysia masyarakat kita begitu prihatin. W/pun ibu bapa kanak2 itu tidak berkemampuan mengadakan sejumlah wang untuk pampasan, ada individu yang sanggup mensponsor.
Gejala menyogok wang taruhan kepada sesiapa yang berjaya menemukan kanak2 hilang juga ada keburukannya. Cuba fikir apa yang ada di dalam fikiran orang yang terdesak. Yang sedang menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Tidakkah mereka ini terfikir untuk menangguk di air yang keruh? Culik kanak2, simpan dan tunggu........
Apabila sekian lama disimpan dan pelbagai usaha mencari dilakukan pihak berkuasa dan orang awak, penculik menjadi takut. Jalan penyelesaiannya adalah bunuh! Sebelum bunuh, rogol dulu. (Nauzubillah.... mintak2 tidak terjadi lagi perkara sebegitu)
SEMUA ITU PERSOALAN2 YANG BERLEGAR DARI SEMULUT KE SEMULUT SEJAK AKHIR2 INI. DALAM KEMELUT MINYAK YANG MERUNCING, NEGARA DIGEMPARKAN DENGAN KISAH YANG LEBIH MENGGERUNKAN. RASA2NYA PATUT ATAU TIDAK MEDIA MENGURANGKAN LIPUTAN SIASATAN POLIS MISALNYA DI MANA PENJENAYAH DISYAKI MENYOROKKAN MANGSA?
SEBENARNYA BERAPA PERATUS KEMUNGKINAN PENDEDAHAN MEDIA DAPAT MEMBANTU PENJENAYAH BERTINDAK?
WALLAH HUALAM.
Apabila sekian lama disimpan dan pelbagai usaha mencari dilakukan pihak berkuasa dan orang awak, penculik menjadi takut. Jalan penyelesaiannya adalah bunuh! Sebelum bunuh, rogol dulu. (Nauzubillah.... mintak2 tidak terjadi lagi perkara sebegitu)
SEMUA ITU PERSOALAN2 YANG BERLEGAR DARI SEMULUT KE SEMULUT SEJAK AKHIR2 INI. DALAM KEMELUT MINYAK YANG MERUNCING, NEGARA DIGEMPARKAN DENGAN KISAH YANG LEBIH MENGGERUNKAN. RASA2NYA PATUT ATAU TIDAK MEDIA MENGURANGKAN LIPUTAN SIASATAN POLIS MISALNYA DI MANA PENJENAYAH DISYAKI MENYOROKKAN MANGSA?
SEBENARNYA BERAPA PERATUS KEMUNGKINAN PENDEDAHAN MEDIA DAPAT MEMBANTU PENJENAYAH BERTINDAK?
WALLAH HUALAM.
Thursday, January 10, 2008
kemelut lagi
Kemelut minyak di pasaran, seperti kemelut tepung gandum satu ketika dahulu. Sana sini kerajaan melarang peniaga menaikkan harga. Kekal begitu! Sesiapa naikkan harga, denda RM10,000.00. Ada juga yang menyarankan, boikot! Jangan beli tepung gandum. Makan tepung lain. Yang jelas, akhirnya naik juga....
Berapa harga tepung gandum sekarang? RM1.90 sekilo. Dulu? Tanyalah kaum wanita. Mereka ini yang ke pasar....Kini minyak pula. Serbu ke sana, serbu ke sini. Peniaga yang menyorok minyak, ditahan. Didenda dan lebih teruk lagi lesen boleh dirampas. Tapi harga minyak masih tetap sama, w/pun barang itu tidak banyak di pasaran.
Tunggu esok lusa... sedar-sedar, harga minyak mesti naik. Alasannya? Tunggu.....
Sunday, November 18, 2007
Saturday, October 06, 2007
HUI YEE & MISI ANGKASA LEPAS
Syukur alhamdulillah. Sejarah demi sejarah tercipta. Negara melangkah gagah segah kemerdekaan yang ke 50. Belum lagi habis rasa bangga kita pada kejayaan 2 wira muda negara - Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Faiz terpilih terbang ke angkasa, kini satu lagi sejarah dicatat. Sejarah kejayaan sekumpulan perubatan memindahkan jantung penderma kepada adik Hui Yee 14 tahun membuat air mata saya menitis. Bangga dan rasa benar2 bersyukur. Akhirnya seorang gadis cilik berjaya diselamatkan.
MasyaAllah, besarnya kuasa Allah. Dahulu darah, kemudian buah pinggang, hati dan kini jantung dan paru2 juga boleh dikongsikan. Allah telah membukakan hati manusia mengkaji dan terus mengkaji. Syukur alhamdulillah. Semoga kepulangan Dr.Sheikh dan Dr. Faiz nanti bakal menemukan seberapa banyak lagi keajaiban dan kebaikan, demi membantu yang dalam kesusahan.
Monday, September 10, 2007
RAMADHAN DATANG LAGI
Alhamdulillah, setahun lagi berganjak usia, aku masih di sini. Di bumiMu. Mudah2an masih berkesempatan melihat langit Ramadhan yang bakal menjenguk beberapa hari lagi. Seperti tahun2 sebelumnya, azam tetap azam. Sama ada tertunai atau tidak hanya pembuat azam dengan Allah sahaja yang mengetahui. Aku turut berazam untuk bertarawih setiap malam yang aku bersih dari keuzuran berserta menyanyikan syair Allah dari KalamNya. Tapi malangnya minggu pertama sahaja aku lihat di rosterku, aku terpaksa bertugas petang, diikuti tugasan malam. Tugasan petang akan berlangsung dari 2 petang hingga 9 malam. Disambung pula tugasan malam dari 9 malam hingga 7 pagi. Mana mungkin aku berjemaah sunat tarawih? Ahh, mungkin bukan rezekiku dan kerjaku juga masih dianggap ibadah selagi aku ikhlas. Itu cara aku membujuk hati yang sedikit terkilan. Pesakit tetap membutuhkan kami, tidak kira di bulan apa dan diwaktu bagaimana... aku ngerti, namun air mata menitis juga. Kasihan anak2 yang masih kecil berbuka puasa sendirian di rumah, melayan diri masing2. Dan waktu bersahur juga mereka akan bangun sendiri, melayan diri sendiri. Bertahun sudah aku lalui keadan begini sehingga anak2 dengan sendirinya memahami. Tidak pernah mereka mengeluh, komplen juga tidak. Malah memberi semangat padaku, Alhamdulillah...





















