NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Wednesday, August 30, 2006

Merdeka & Syariah

Assalamualaikum. Dah lama rasanya saya tidak menemui rakan-rakan dan tetamu di rumah sesawang saya ni. Saya tidak melupai rumah ini, malah sering mahu mengabditnya namun tuntutan waktu menghalang. Hari ini saya tidak mahu bercakap berkenaan novel atau pun penglibatan penulisan saya, hanya sembang kosong namun berisi jika dihayati.
Kisah bermula apabila saya ditemui saudara dekat bagi menemaninya ke JAWI, kemudian berlarutan hingga ke Mahkamah Syariah kerana masalah rumah tangganya. Memikirkan saya perlukan ilmu mahkamah dan undang2 Syarie yang agak cetek di fikiran saya, satu bersetuju meski terpaksa mengorbankan sehari cuti tahunan saya.
Semalam 30/8/06 saya ke mahkamah syariah. Saspen juga melihat ramainya kaum wanita di sana. Mula lagi saya sudah terfikir kenapa golongan adam hanya sedikit berbanding hawa? O, mungkin lewat. Apabila saya dan saudara saya masuk ke dalam dewan 4, saya semakin hairan, kes yang diperdengar dan diadukan adalah berkenaan suami & isteri, tetapi kenapa hanya kaum wanita bersedia hadir? Tak apalah, saya terus mendengar seorang demi seorang pengadu dipanggil ke depan hakim. Hanya wanita. Setelah 7 pengadu, baru muncul sepasang suami isteri yang terjatuh talaknya hanya kerna sebutan 'JIKA NIA(bukan nama sebenar) keluar juga, maka antara kita tak ada apa2 lagi'. Rupa2nya hanya dengan sebutan begitu & si isteri dengan rasa marah terus keluar rumah & tidur menumpang di rumah kawan, maka jatuhlah talak satu.... dahsyat sungguh. Sedih! Tapi bukan itu yang mahu saya ceritakan dan bukan sahaja kerana kenyataan itu membuat saya kesal, yang lebih membuat saya tertanya2 ialah, kaum lelaki (SUAMI) yang tidak bertanggungjawab. Jika majlis pernikahan dihadiri lelaki dan wanita sebagai pengantin, kenapa jika berlalu perselisihan, hanya wanita yang sanggup tampil merujuk hukum syariah? Kemana perginya nilai2 murni di dalam agama kita yang mementingkan mesyuarah dan hukum syariah di dalam perkahwinan? Jika suka, melamar, berbincang, bertunang, bernikah dan bersanding konon ikut adat, tetapi kenapa jika berlaku perselisihan atau perceraian mereka menyepi. SEDIHNYA....
oleh itu, renung2kan lah. Apakah lelaki sudah hilang nilai murni dan pertanggugnjawabannya atau wanita yang begitu prihatin serta mahu membela diri yang teraniaya, agar tidak terus disiksa zahir dan batinnya, digantung tidak bertali. Beri respon anda, jika anda lelaki nyatakan prinsip anda dan jika ada kaum wanita yang pernah mengalami situsi yang serupa, berikan komen dan perasaan anda.
Assalamualaikum.

3 Comments:

At 7:29 PM, Blogger Serunai Faqir aka SF said...

hehehe sampai gi mahkamah kak ni ... hehehe, takpe teruskan menulis ...

 
At 12:59 AM, Blogger zalisa said...

inilah penulis yg bagus sf oiiiiii

 
At 8:31 PM, Blogger Rasha_rz said...

Sedikit berkenaan masalah rumah tangga ada saya muatkan di dalam novel ke 4 saya yg mungkin akan terbit sekitar nov. 2006 ini nanti. SF boleh dapatkannya dan cuba menyelami perasaan wanita yg bergelar isteri dari perspektif wanita juga (akak sendiri). Sayangi isteri anda seadanya kerana ianya lahir dari tulang rusuk kiri lelaki yang dibengkukkan ALLAH.

 

Post a Comment

<< Home