NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Wednesday, November 16, 2005

SALAM SYAWAL

Assalamualaikum, salam Syawal penuh takzim dari saya dan keluarga buat semua insan mukmin dan mukminat. Sudah lama rasanya saya tidak menambah apa-apa di blog ini, almaklum, sepanjang Ramadhan masing-masing sibuk dan kesuntukan waktu. Pekerjaan (tanggung jawab terhadap masyarakat) dan pengabdian diri kepada yg Maha Esa rasa sama beratnya. Alhamdulillah, kini saya ada sedikit lebihan waktu, bukan kerana habisnya Ramadhan kita tidak perlu mengabdikan diri lagi tetapi rasanya ramai yang memahami. Di waktu malam kita hanya dituntut beribadah sendiri di rumah, tidak perlu lagi bertarawih dan bertadarus sehingga lewat tengah malam. Oleh itu di celah-celah ruang yang sempit berhimpit-himpitan ini, dapatlah saya menyelitkan aktiviti biasa saya dengan mengetuk mata-mata keybord ini buat tinta teman dan si sesat yang sudi singgah menjengah ke sini. Alhamdulillah.

Setelah kita dipayungi langit Ramadhan selama sepurnama penuh, kini mentari Syawal memanah riang. Bagaimana rasanya? Apakah nyata anda sebagai hambaNya berasa gembira dgn kejayaan melawan hawanafsu yang ganas pengganti syaitan yang ditambat dan dihumban ke laut luas? Jika begitu, syukor alhamdulillah. Jika tidak, berdoalah agar masih ada kesempatan yang lain di tahun-tahun lain nanti. Berdoa minta dipanjangkan usia, dituntut dalam Islam tetapi menuntut agar tidak dimatikan tidak langsung digalakkan. Subhanallah.

Berkarya, berkarya juga, tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara mesti diutamakan dalam setiap apa yang kita lakukan. Tanggungjawab penulis, penyair dan pelukis itu begitu besar dan dianggap juga sebagai satu ibadah, oleh itu bertanggungjawablah sepenuhnya. Menulis dan berkarya utk membimbing diri sendiri dan org lain, bukan menghentam dan menghina. Sebaliknya mengkaji dan membanding serta membentang yang baik-baik untuk pedoman sebagai lampu suluh kepada si sesat dan si lupa jalan. Wallahualam.

3 Comments:

At 3:47 PM, Blogger cenderawasih said...

Assalamualaikum tuan rumah,
Hari ini baru berkesempatan untuk masuk ke sini. mana entry terbaru? kenapa sepi sahaja blog ini? saya akan linkkan blog ini ke blog saya k?

 
At 7:42 PM, Blogger Ariyatna Adri said...

assalamualaikum kak ramlah,

berkunjung-kunjungan mengerat silaturrahim :) kalau kak ramlah tak keberatan sy juga nak linkkan blog sy ke blog kak ramlah.

faizah shafawi

 
At 6:17 PM, Blogger cenderawasih said...

mana yg terbaru ni yang....

 

Post a Comment

<< Home