NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Monday, September 19, 2005

novel, cerpen & hasil sastera

Baru2 ini saya didatangi rakan sekerja saya, dia tahu saya minat berkarya dan sdh menerbitkan novel serta banyak sudah cerpen2 saya yang terbit. Katanya, beliau juga menggemari bidang penulisan kreatif seperti saya dan sdh banyak karyanya yang dihasilkan. Malangnya beliau tidak langsung berminat untuk mempublishkannya kerana katanya itu semua hanya untuk koleksi sendiri. Dia tidak mahu menunjuk2 pada orang lain bahawasanya beliau boleh menghasilkan karya. Dia hanya mahu dilihat oleh anak2nya nanti, beliau boleh mengarang dan sesungguhnya beliau juga berjiwa seni.
Saya kagum dgn prinsibnya tetapi pada saya, sebagai org seni, apasalahnya jika kita tonjolkan apa yg sudah kita hasilkan sbg santapan dan sedikit penoman utk pembaca. Penulis juga seperti pelukis dan pengkarya yang lain, kita perlu mewarnai dunia sastera yang kecil ini untuk tampak meriah. Itu kata saya padanya, dan beliau sama sekali tidak bersetuju. Saya kata terserah dia, masing2 punya prinsib hidup. Tepuk dada tanya selera.
Tapi alangkah malangnya jika semua pengkarya mempunyai prinsib begitu, sepilah dunia tanpa karya kreatif. Tiadalah cerpen2 menghiasi seruang kecil di malajah & akhbar tempatan, tiada lah laungan puisi di malam kemerdekaan. Semua orang hanya berpuisi di rumah, di hadapan anak2 dan suami. Di mana harus diletakkan kreativiti bangsa Melayu yang begitu puitis menarik bangsanya ke jalan kebaikan melalui karya2 kreatif. Maka tiadalah seni dan sastera lagi. Mati dan terus menyepi. Sayang seribu kali sayang.....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home