NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Tuesday, July 19, 2005

Permulaan kerjaya saya

Ramai yang bertanya, sejak bila dan bagaimana saya boleh menceburkan diri di dunia penulisan sekarang? Apakah agak terlewat untuk saya menerbitkan novel cinta remaja?

Untuk soalan pertama : Saya bermula dari bangku sekolah lagi. Sejak di sekolah rendah, saya sudah didedahkan dengan majalah2 pelajar terbitan DBP oleh abang saya yang memang penggiat sastera, tetapi waktu saya hanya menggemari dan menyenangi cerita kanak2 dan sering berangan2 untuk menjadi salah satu watak di dalam cerita tersebut, langsung tidak termimpi untuk mengarang cerita begitu. Apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah, saya mula mencari sendiri majalah2 sastera dan novel2 remaja. Di rumah saya waktu itu, terkumpulnya koleksi novel kanak2 dan remaja. Ibu saya sering memarahi saya kerana menghabiskan banyak masa dengan membaca buku2 cerita yang menurutnya membazir waktu. SAya pernah membohong ibu saya dengan meletakkan novel di dalam buku pelajaran saya. Mengingatkan perbuatan saya itu saya senyum sendiri. (Betapa bodohnya menipu diri sendiri) Saya bimbang anak2 saya menurut jejak langkah saya.
Bermula di tingkatan 3 saya menyertai peraduan mengarang cerita pendek di sekolah, malangnya tidak satupun yang berjaya. (Mungkin bukan rezeki saya.) Itu tidak pernah melumpuhkan minat saya, saya terus berangan2 untuk mengarang dan berjaya. SAya mengarang sajak dan saya hantar untuk majalah sekolah dan majalah2 DBP, alhamdulillah karya saya tersiar. Bermula dari itu saya semakin bersemangat.

Soalan KEdua : Rasanya usia tidak membataskan cita2 dan miant seseorang. Malah semakin berusia dia, semakin matang fikirannya. PEngalaman mematangkan kita berfikir dan berimaginasi, berfikir dan mengkaji. Saya berasa saya terlalu untuk mengarang cerita cinta remaja kerana saya pernah melalui detik2 yang remaja lalui.

Saya berhenti di sini dahulu, nanti sambung lagi.......

1 Comments:

At 7:54 PM, Blogger Ariyatna Adri said...

membaca nukilan kak ramlah membuat saya tersenyum sendiri.Angan-angan sudah jadi kenyataan. Saya pun nak belajar dari kak ramlah. saya memang minat untuk menulis novel, dah ada idea tapi sampai sekarang saya tak menyudahkannya. kalau sudah pun, entah berani nak menghantarkannya. Yang sy tau kalau di creative karya pertama dbyr sekali sj, karya seterusnya baru dbyr royalti. alaf sy tak pasti. Banyak lagi yg perlu sy belajar. kak Ramlah teruskanlah menulis, perjuangan penulis sememangnya tak pernah selesai.

 

Post a Comment

<< Home