BICARA MEMORI RINDU
Malam minggu baru2 ini saya dihubungi seorang penggemar novel saya MEMORI RINDU, katanya keseluruhan cerita, menarik tetapi beliau tidak berpuas hati dengan anding cerita tersebut yang dianggapnya tergantung. Dia mahu saya memperjelaskan apa maksudnya dengan sebutan 'PAK LONG' di hujung ayat terakhir saya.
Sebenarnya saya sengaja ingin menguja pemikiran dan imeginasi pembaca dengan menggantung hujung ceritanya. Saya sendiri ada kesudahannya, tetapi sengaja menyuruh pembaca membuat andaian sendiri. Sama ada Pak long akan mengamuk lagi dan merusuh dengan dendam yang tidak tertebus atau sudah sembuh dari penyakit mentalnya serta serta mahu memohon maaf. Terserah pembaca. Tetapi jika sekiranya pembaca tidak menemui kesudahannya, saya sendiri akan membantu dengan menyambung novel itu. Temui MEMORI RINDU ke 2 nanti.....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home