NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Tuesday, July 26, 2005

MENJEJAK PELANGI JINGGA

Hari ini saya menerima naskah contoh untuk novel MENJEJAK PELANGI JINGGA yg diterbitkan oleh RYTHYM. Itu merupakan novel kedua saya selepas MEMORI RINDU yang akan terbit pada Oktober ini. Novel ini tidaklah sepanjang MEMORI RINDU yang mempunyai lebih 500 m/s, MENJEJAK PELANGI JINGGA hanya 300 muka surat.

Ramai yang bertanya saya, kenapa dalam satu masa saya menerbitkan 2 buah novel sekali gus.
Jawapannya ialah: Novel tersebut dihasilkan dalam satu masa. Maksudnya, sewaktu saya menulis MR, saya turut mengarang MPJ.

Setelah saya menulis secara rambang dan kasar MR, saya abaikan dia dalam 3 ke 4 bulan. Waktu itu saya memulakan pengkaryaan saya kepada MPJ. Setelah saya bermesra dan terasa agak bosan dengan MPJ, saya akan kembali kepada MR. Saya kemaskan MR seadanya kemudian saya abaikan lagi. SAya kembali bermesra dengan MPJ, saya abaikan lagi dan kembali kepada MR. Akhirnya apabila saya benar2 berpuas hati dengan MR, baru saya hantar untuk dinilai oleh Creative Interprise, saya kemaskan MPJ dan sedia pula untuk dinilai oleh RYTHYM.

Begitulah yang saya lakukan setiap kali berkarya dan kini saya sedang menyiapkan 2 buah manuskrip novel : WANGIAN PURA KASIH (Tajuk awal) dan WANGIAN BERDURI (juga tajuk awal). Saya tidak tahu yang mana akan siap dahulu. Tunggu dan lihat.

2 Comments:

At 8:35 PM, Blogger Rasha_rz said...

kak ila.. mana copy pelangi jingga kat saya?? amboiii dah sombang yer.. lupakan adik tersayang..midyie

 
At 12:39 AM, Blogger Unknown said...

wow..
hebat tu..boleh menulis 2 buku sekaligus!!

Hormat saya pada anda. Moga terus aktif berkarya.

 

Post a Comment

<< Home