NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Wednesday, July 20, 2005

Tema Cinta di novel

Ramai yang bertanya kenapa saya masih memilih tema cinta di dalam novel saya sedangkan novel2 bercorak begitu sudah banyak dipasaran.

Jawapan ringkas dan padat dari saya ialah : Saya hanya mahu menanamka minat membaca di kalangan remaja kita. Memang banyak novel cinta di pasaran dan itu yang menarik minat pembaca,bukan sahaja remaja malah orang2 dewasa serta suri rumah juga akan terpanggil untuk turut membaca. Novel pertama saya - MEMORI RINDUtidak 100 % cinta, ianya diselitkan cita2 yang mendalam dibidang pelajaran dan alam pekerjaan. Itu rasanya merupakan motivasi baik untuk remaja yang sedang menuntut dan baru menceburi dunia pekerjaan. Selain itu, moral untuk kaum dewasa dan suri2 rumah pula, bagaimana sebaiknya mendidik remaja yang mempunyai minat yang tidak sama dengan orang tuanya. Tidak terlalu menekan dan memaksa mereka menurut kemahuan ibu bapa selagi tidak menyalahi undang2 dan agama. dendam juga boleh membinasakan. Bukan sahaja masyarakat, keluarga malah diri sendiri. Selain itu, keagamaan turut sama pentingnya dengan pelajaran lain,tanpa pegangan agama yang kukuh, anak2 remaja susah untuk dilembutkan.

Itu diantara lauk pauk yang terdapat di dalam sepinggan MEMORI RINDU. Selamat membaca dan menimba sedikit sebanyak motivasi yang tersedia. Dapatkan di pasaran pada Oktober 2005 ini dari kedai2 buku berhampiran terutamanya CREATIVE SHOP

2 Comments:

At 12:27 AM, Blogger kak lia said...

hi...

selamat datang ke dunia alam maya bloggers... liya hanya seorang dari beribu2 peminat novel yang punyai blog.

Disini liya nak ucapkan goodluck dalam bidang penulisan novel.. nanti liya cuba cari karya rasha rz.
bye.

 
At 6:05 AM, Blogger Rasha_rz said...

T.ksh, singgah di blog saya, saya msh mentah di bidang blog, msh byk yg kurang. tp wb/pun m.a midyie byk membantu. dia blh dikatakan hebat juga dlm blog. terima kasih padanya.

 

Post a Comment

<< Home