NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Monday, September 10, 2007

RAMADHAN DATANG LAGI

Alhamdulillah, setahun lagi berganjak usia, aku masih di sini. Di bumiMu. Mudah2an masih berkesempatan melihat langit Ramadhan yang bakal menjenguk beberapa hari lagi. Seperti tahun2 sebelumnya, azam tetap azam. Sama ada tertunai atau tidak hanya pembuat azam dengan Allah sahaja yang mengetahui. Aku turut berazam untuk bertarawih setiap malam yang aku bersih dari keuzuran berserta menyanyikan syair Allah dari KalamNya. Tapi malangnya minggu pertama sahaja aku lihat di rosterku, aku terpaksa bertugas petang, diikuti tugasan malam. Tugasan petang akan berlangsung dari 2 petang hingga 9 malam. Disambung pula tugasan malam dari 9 malam hingga 7 pagi. Mana mungkin aku berjemaah sunat tarawih? Ahh, mungkin bukan rezekiku dan kerjaku juga masih dianggap ibadah selagi aku ikhlas. Itu cara aku membujuk hati yang sedikit terkilan. Pesakit tetap membutuhkan kami, tidak kira di bulan apa dan diwaktu bagaimana... aku ngerti, namun air mata menitis juga. Kasihan anak2 yang masih kecil berbuka puasa sendirian di rumah, melayan diri masing2. Dan waktu bersahur juga mereka akan bangun sendiri, melayan diri sendiri. Bertahun sudah aku lalui keadan begini sehingga anak2 dengan sendirinya memahami. Tidak pernah mereka mengeluh, komplen juga tidak. Malah memberi semangat padaku, Alhamdulillah...

12 Comments:

At 9:44 PM, Anonymous Anonymous said...

Selamat menyambut ramadhan kak, moga terus tabah dan sabar hadapi ujian kita masing2.
:)
Terasa lega bila kak dah tulis entri baru ni ... hehhee - tiada lagi Spiderman di sini ... harap tidak bersawang lagi kak ...

 
At 8:14 AM, Blogger Rasha_rz said...

Hai SF, ha itulah dia. kita kan hanya merancang? Tuhan menentukan,sibuk orang perempuan ni lebih dari lelaki. lebih2 lagi wanita yang berkeluarga dan berkerjaya. tak cukup tangan. ni barulah lega sikit. Apa2 pun selamat berpuasa dan selamat berseni.semakin kencang adik akak. Good luck...

 
At 5:00 AM, Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 
At 5:03 AM, Anonymous Anonymous said...

Selamat berbuka puasa ...herkkkk
alhamdilillah moga kita terus berkarya dengan kencang dan jayanya kak..wachaaaa hehehee

 
At 9:10 PM, Anonymous Anonymous said...

Begitulah nasib penulis ...tu yg nak kena buat sendiri tu bila sampai masa nanti ...

 
At 9:51 AM, Blogger Rasha_rz said...

SF. Bila dah berhasil, jangan lupa kak ila. tolong publishkan novel kak ila sekali. orang bekerja macam kak ila rasanya tak sesuai memikirin perkara rumit begitu. nak tunggu pencen lama lagi.

 
At 7:08 PM, Blogger Unknown said...

Si sf mencurah rasa di sini rupanya :D

 
At 9:56 AM, Blogger Rasha_rz said...

Zalisa, semua orang ada rasa dan perasaan. Terserah untuk dicurah ke mana. Asal tak tumpah ke tempat yang tak sepatutnya, sudah....

 
At 5:55 PM, Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

slm kunjungan balas...alahai, anak2 dari kecik dah belajar berdikari yerrr...insyallah, diorg paham akan pengorbanan ibu diorg ni....

 
At 5:09 AM, Blogger Rasha_rz said...

RaFFLeSiA MeRaH. TErima kasih kunjungan anda.

 
At 12:02 AM, Blogger Syukur A. Mirhan said...

Saudariku Rasha, mohon infomrasi penerbit buku di Malaysia yang bisa menerbitkan karya-karya saya baik fiksi maupun non fiksi. Bagaimana pula caranya menembus penerbit di negeri jiran Malaysia. Mohon balas segera.

 
At 12:03 AM, Blogger Syukur A. Mirhan said...

Mohon informasi bagaimana supaya buku kita terbit di malaysia. Mungkin saudariku Rasha bisa bantu! Mohon balas ke emailku segera!

 

Post a Comment

<< Home