NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Wednesday, February 21, 2007

Kuala Lumpur dan pendatang

Isnin 19 Feb (Cuti hari raya Cina) saya bersama kakak saya berjalan2 ke KL (Kota Raya - Midein). Apa yang membuat saya terperanjat dan sedikit marah ialah melihat badaraya kesayangan saya menjadi hutan sampah dan pendatang. tidak seorang pun saya temui bangsa mahupun rakyat negara saya, hanya pendatang yang entah izin atau pun tanpa izin. Entah haram atau halal. Yang lebih menyakitkan mata saya adalah gelagat mereka yang membuat badaraya kita seperti kepunyaan mereka. meludah sesuka hati, membuang sampah ikut suka dan kelakuan sumbang mereka. saya melihat mereka duduk2 dan berdiri tanpa ada kepentingan. hanya bersantai menyakitkan mata. saya seperti tersesat di negara orang. di antara bangsa yang saya temui adalah Indonesia, Viatnam dan Bangladesh atau mungkin juga Pakistan. saya terpaksa mengelak dari dilanggar dan digesel lelaki2 itu. apa yang lebih menakutkan ialah mereka dengan berani menghimpit saya dan kakak.

Apakah tidak ada sebarang tindakan dilakukan pada mereka2 ini? itu yang menghairankan saya. selain itu apakah tidak ada tempat lain untuk mereka bersantai melepas lelah bekerja di waktu hakiki bertugas, maka menghabiskan sisi masa mereka seharian bertenggek, bercengkerama dan meludah di sekitar pusat bandaraya? yang mahu membeli belah, kita sedia maklum, di situlah tempatnya tetapi apa yang saya lihat, mereka hanya bersantai. minum dan makan makanan ringan kemudian membuang sampah di merata tempat. di mana mereka duduk, di situlah sampah mereka ditinggalkan. pergaduhan kecil turut berlaku sesama mereka. saya terserempat seorang lelaki viatnam berdarah kepalannya mungkin diketuk objek keras.
Tolonglah kerajaan Malaysia lakukan sesuatu untuk mengekalkan keindahan badaraya yang kita cintai ini. bandaraya yang saya anggap selamat dahulu kini sudah seakan dirusuh pendatang.
Mari sama2 kita fikirkan....

2 Comments:

At 9:37 AM, Anonymous Anonymous said...

Apo nak dikato kak? hehehe KL kota segalanya ...

 
At 11:30 AM, Blogger Rasha_rz said...

Memang pun, kota segalanya. bukan saja pusat membeli belah tapi juga pusat maksiat dan pusat hilang anak. hehehe.... KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR.

 

Post a Comment

<< Home