NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Sunday, July 16, 2006

Terima kasih Creative Enterprise

Hai, dah lama saya tidak muncul di sini. Selain tidak ada cerita baru berkenaan pengkaryaan, saya kesuntukan masa. Waktu terlalu mencemburui saya, namun hari ini saya gagahi jua sesaat dua untuk bersama teman-teman yang sudi menjenguk pintu blog ini.
Di sini saya mahu mengucap terima kasih pada CESB khususnya Nida dan Fida yang memberi peluang pada saya. TQ dear..., Hari Khamis 6/7/06 yang lalu saya telah muncul buat pertama kalinya di konti PUTRA FM, sembang-sembang tentang penulisan novel. Selalu mendengar saja dari corong radio perbualan antara D.J dan tetamu jemputan, langsung tidak terfikir oleh saya, saya akan berada di situ. Alhamdulillah dgn usaha Creative Enterprise, saya berjumpa DJ SYED di konti. Pelbagai soalan diajukan, soalan pertama yang saya anggap terlalu lazim ditanyakan adalah SEJAK BILA SAYA BERGIAT DALAM BIDANG NOVEL DAN WAKTU BILA SAYA BERKARYA.

Selain itu saya juga diminta memberi sedikit tips untuk bakal penulis, yang berminat menulis tetapi mencari-cari waktu sesuai untuk menulis kerana dakwa mereka, mereka langsung tidak punya waktu untuk berkarya.
Jawap saya : YANG PENTING DISIPLIN DAN AZAM.
Jika hanya azam, kita tidak akan berjaya. Saya penjawat awam, punya suami dan 4 orang anak, tapi saya masih mencuri waktu-waktu senggang untuk berkarya. Itu semua kerana azam dan disiplin diri.
MENJAWAB SOALAN LAIN : Saya mula menulis sejak di bangku sekolah rendah, main-main mengarang dan hantar untuk penyertaan di sekolah, malangnya langsung tak pernah menang. Sebab utama, tulisan tak cantik dan cikgu susah nak baca. Sebab lain, sebab saya memang bukan pengarang seperti pelajar pintar yang lain. Sedihnya. Tapi apabila di tingkatan 3 ke 6, saya mula menghantar cerpen dan puisi untuk majalah sekolah dan majalah terbitan DBP, masa tu nama pena le.... Apabila mula bekerja dan berkahwin, saya senyap, entah kenapa. Mungkin waktu itu saya tidak pandai membahagi masa. 1995 saya menyertai kursus penulisan skrip anjuran FINAS, malangnya hanya drama radio berjaya saya hasilkan. Saya tidak menemui kepuasan dengan skrip drama walaupun bayarannya agak cepat dan tinggi juga. Saya mula berjinak2 dengan novel, di samping terus menulis cerpen. Kini baru 3 novel terhasil dalam 2 tahun. Masih ada 2 lagi sedang dinilai oleh penerbit. InsyaAllah akan terbit dalam tahun ini juga jika tidak ada aral melintang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home