NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Friday, January 06, 2006

SARAH

Assalamualaikum. kepada penggemar cerpen dan kawan-kawan yg mengenali saya. Alhamdulillah, cerpen sy yg berjodol SARAH sudah terbit di dlm MAJALAH ANIS keluaran Jan. 2006. Sila dapatkan dipasaran jika anda ingin mengikuti kisah Sarah.

Sebenarnya SARAH, merupakan kisah benar dlm masyarkat dan sy mengenali Sarah, iaitu pelaku di dlm cerpen tersebut. Sewaktu cerpen itu sy garap dan hantar, Sarah msh blm bersedia menuntut keadilan, tetapi kini, alhamdulillah Sarah sdh sedar dan kini merujuk kesnya di JAWI (Unit kaunseling). Dan yg amat menyedihkan saya, akibat dari kelewatan beliau bertindak, Sarah didapati mengidap penyakit kelamin. Buat masa ini sy masih belum bersedia memberitahu anda jenis penyakit kelaminnya tetapi cukuplah jika sy katakan, penyakit tersebut berpunca dr virus yg menghinggapi alat kelamin suaminya. Sarah masih dalam rawatan doktor dan dgn penjelasan doktor di atas penyakitnya, Sarah kini sudah semakin tawar hati pada suaminya.

Sy akan bawakan perkembangan Sarah dari semasa ke semasa. Cerita Sarah bukan utk membentang aib sesiapa tetapi sebagai motivasi kepada kaum wanita sekelian betapa pentingnya kita bersikap tegas dlm menuntut keadilan serta hak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home