NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Friday, November 24, 2006

Bawang Putih Bawang Merah

Hari ini hari Jumaat. Semalam hari Khamis, saya terpanggil menonton t.v jam 2.30pm sebab kebetulan semalam saya bercuti. Tepat jam 2.30pm, saya baring di hadapan t.v ingin melihat sendiri kehebatan drama import itu. Konon bagus sangat, sana sini orang memperkatakannya. Rakan2 di tempat kerja pun akan bercerita cerita itu. Macam bagus sangatlah. Sebenarnya semalam bukan kali pertama saya menontonnya, tapi kali ke 2. Dulu saya dah rasakan hairannya dengan cerita begitu dianggap bagus, tapi mungkin siri itu yang tak menarik. Kata saya, tak mengapalah saya akan menontonnya lagi di lain kali. jadi semalam saya pun duduk dengan khusyuk.
Dah separuh jalan cerita itu saya tonton, saya rasa tidak ada bezanya dgn siri dahulu juga, masih tidak ada keistimewaan. (Sorry kalau ada yang marah dengan kenyataan ini) Drama dan filem sering dikaitkan dengan latar belakang cerita itu digarap. Apa yg dapat saya simpulkan di sini, begitu rupanya negara itu. (Negara si Bawang Putih & Merah). Pihak berkuasa tidak berkuasa langsung di mana anak yatim yg kematian ibu bapa terbiar & terus dianiaya. Pengadilan juga tidak berkuasa mengadili dgn adil, diperbodohkan ibu tiri si Bawang Putih. Apa yang saya lihat, moralnya cerita itu hanya satu : Orang jahat sentiasa menang. Yg lemah khususnya anak yg sebatang kara akan ditindas sewenangnya. Geramnya saya. Bukan kerana hebatnya pelakun melakunkan watak masing2 tapi bagaimana cerita begitu boleh bolos ke Malaysia? Sudah lebih 60 siri (2 bulan) tapi ibu tirinya masih menang dan berkuasa? Masih tak dapat bukti & menyelamatkan Bawang Putih? Isy isy isy... dahsyat sungguh pihak berkuasa mereka. Yg peliknya, ibu tiri itu membakar bilik ICU hospital utk menukar mayat ibu Bawang Putih pun tidak disiasat? Dgn senang2, pasakit dipindahkan & ditukar dgn jenazah pesakit lain. Begitukah cuainya hospital mereka? Kesian bangsa mereka kan?
Okeylah, saya berhenti dulu, nanti kalau ada peluang menonton lagi, saya cerita lagi. Kawan sebelah ni dah bising dah ajak pergi. Nanti merajuk pulak...
bye...

2 Comments:

At 2:41 AM, Blogger Unknown said...

cerita lebih kepada kebudak-budakan. hehehe

 
At 4:29 AM, Blogger Rasha_rz said...

bukan saja kebudak2an, mengarut dan merepek. yang peliknya macam mana Malaysia boleh beli cerita macam tu? kita tanya sikit siaran t.v sana, adakah mereka nak beli drama kita, misalnya SEMBILU KASIH? hihihi, mungkin ramai yg marah dengan kata2 saya, tapi apa2 pun ini luahan hati saya, terpulang.

 

Post a Comment

<< Home