NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Friday, May 12, 2006

Novel baru

Hi, assalamualaikum. Saya baru menyudahkan novel terbaru saya yang diberi judul CINTA SARA KIRANA. Semoga dengan judul ini dapat memuaskan hati editor yg bakal menyemak manuskrip saya. Saya sedih bila judul novel MENGGAPAI GAPURA KASIH ditukar kepada TAK KUDUGA. Nampak simple sangat tapi apa boleh buat, dah kehendak penerbitkan? Walau apa pun saya bersyukur kerna menurut penerbit, novel TAK KUDUGA mendapat sambutan, alhamdulillah.... Mungkin benar juga judul baru itu membawa tuah. Penerbit lebih arif, pun begitu saya masih berharap agar novel terbaru saya ini tidak ditukar lagi.

SARA KIRANA adalah watak penting di dalam novel tersebut. Nama asalnya adalah Maisarah. Isteri yang diceraikan tanpa diberitahu kesalahannya, hanya yg diketahuinya dia membosankan. Maisarah bangkit menjadi wanita kuat dan berani, tidak bergantung pada sesiapa. Maisarah berusaha menjadi novelis dan namanya ditukar kpd SARA KIRANA.

SARA KIRANA akhirnya dilamar adik iparnya yang mencintainya sebelum dia berkahwin. Cinta mereka dihalang bekas ibu & bapa mentuanya memandangkan statusnya sebagai janda. Selepas menghadapi pelbagai rintangan akhirnya SARA KIRANA / Maisarah berjaya diijapkabulkan. Apakah mereka bahagia dengan istilah 'salin tikar'? Tunggu munculnya CINTA SARA KIRANA.

4 Comments:

At 7:44 PM, Blogger cenderawasih said...

wah baca sinopsis dah berdebar

 
At 6:41 PM, Anonymous Anonymous said...

Wahhh, rajin betul kak ram ni berkarya. Kayo lah macam ni! Hehehe

 
At 10:42 PM, Blogger Rasha_rz said...

Apa boleh buat SF, dah itu kecenderungannya. Mungkin itu yang dipinta sewaktu melawat Roh Mahruz dulu. Berkarya dan terus berkarya. Rasanya awak perlu dapatkan novel SARA KIRANA sebagai motivasi kaum adam melayari alam rumah tangga. Perasaan wanita / isteri perlu diketahui dari orang yang berpengalaman.....

 
At 4:41 AM, Blogger Unknown said...

tahniah akak, novel ni mmg jln cerite best.. kalau akak da terbitkan...bagitahu saya, saya nk baca sgt buku tu... pape tahniah k :-)

 

Post a Comment

<< Home