NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Sunday, January 13, 2008

Sharlinie Mohd. Nashar

Selepas adik Nurin, kini kanak2 hilang lagi!
Siapa agaknya yang suka benar mencuri anak orang?
Tak ada kerja lain ke selain menculik kanak2?
Nak buat apa menculik?
Itu di antara keluhan dan rungutan2 umum.

Persoalannya :
Jika sex penyebabnya, ada juga kanak2 lelaki yang diculik dan disimpan lama. Dendam? Selepas beberapa kes berjaya dirungkai, jarang ada yang melibatkan balas dendam antara individu. Tak siuman? mungkin, tapi sejauh mana benarnya dan berapa kes melibatkannya. Penyeludupan kanak2? Aduh! sedihnya. Banyak2 cabang rezeki, masih ada yang terpanggil untuk memperdagangkan kanak2. Tebusan? ianya mesti melibatkan anak2 orang kaya.

Tapi kemungkinan terakhir, kini tidak lagi melibatkan anak2 usahawan mahupun jutawan, kerana di Malaysia masyarakat kita begitu prihatin. W/pun ibu bapa kanak2 itu tidak berkemampuan mengadakan sejumlah wang untuk pampasan, ada individu yang sanggup mensponsor.

Gejala menyogok wang taruhan kepada sesiapa yang berjaya menemukan kanak2 hilang juga ada keburukannya. Cuba fikir apa yang ada di dalam fikiran orang yang terdesak. Yang sedang menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Tidakkah mereka ini terfikir untuk menangguk di air yang keruh? Culik kanak2, simpan dan tunggu........
Apabila sekian lama disimpan dan pelbagai usaha mencari dilakukan pihak berkuasa dan orang awak, penculik menjadi takut. Jalan penyelesaiannya adalah bunuh! Sebelum bunuh, rogol dulu. (Nauzubillah.... mintak2 tidak terjadi lagi perkara sebegitu)

SEMUA ITU PERSOALAN2 YANG BERLEGAR DARI SEMULUT KE SEMULUT SEJAK AKHIR2 INI. DALAM KEMELUT MINYAK YANG MERUNCING, NEGARA DIGEMPARKAN DENGAN KISAH YANG LEBIH MENGGERUNKAN. RASA2NYA PATUT ATAU TIDAK MEDIA MENGURANGKAN LIPUTAN SIASATAN POLIS MISALNYA DI MANA PENJENAYAH DISYAKI MENYOROKKAN MANGSA?
SEBENARNYA BERAPA PERATUS KEMUNGKINAN PENDEDAHAN MEDIA DAPAT MEMBANTU PENJENAYAH BERTINDAK?
WALLAH HUALAM.

Thursday, January 10, 2008

kemelut lagi

Kemelut minyak di pasaran, seperti kemelut tepung gandum satu ketika dahulu. Sana sini kerajaan melarang peniaga menaikkan harga. Kekal begitu! Sesiapa naikkan harga, denda RM10,000.00. Ada juga yang menyarankan, boikot! Jangan beli tepung gandum. Makan tepung lain. Yang jelas, akhirnya naik juga....
Berapa harga tepung gandum sekarang? RM1.90 sekilo. Dulu? Tanyalah kaum wanita. Mereka ini yang ke pasar....
Kini minyak pula. Serbu ke sana, serbu ke sini. Peniaga yang menyorok minyak, ditahan. Didenda dan lebih teruk lagi lesen boleh dirampas. Tapi harga minyak masih tetap sama, w/pun barang itu tidak banyak di pasaran.
Tunggu esok lusa... sedar-sedar, harga minyak mesti naik. Alasannya? Tunggu.....