NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Wednesday, February 21, 2007

Kuala Lumpur dan pendatang

Isnin 19 Feb (Cuti hari raya Cina) saya bersama kakak saya berjalan2 ke KL (Kota Raya - Midein). Apa yang membuat saya terperanjat dan sedikit marah ialah melihat badaraya kesayangan saya menjadi hutan sampah dan pendatang. tidak seorang pun saya temui bangsa mahupun rakyat negara saya, hanya pendatang yang entah izin atau pun tanpa izin. Entah haram atau halal. Yang lebih menyakitkan mata saya adalah gelagat mereka yang membuat badaraya kita seperti kepunyaan mereka. meludah sesuka hati, membuang sampah ikut suka dan kelakuan sumbang mereka. saya melihat mereka duduk2 dan berdiri tanpa ada kepentingan. hanya bersantai menyakitkan mata. saya seperti tersesat di negara orang. di antara bangsa yang saya temui adalah Indonesia, Viatnam dan Bangladesh atau mungkin juga Pakistan. saya terpaksa mengelak dari dilanggar dan digesel lelaki2 itu. apa yang lebih menakutkan ialah mereka dengan berani menghimpit saya dan kakak.

Apakah tidak ada sebarang tindakan dilakukan pada mereka2 ini? itu yang menghairankan saya. selain itu apakah tidak ada tempat lain untuk mereka bersantai melepas lelah bekerja di waktu hakiki bertugas, maka menghabiskan sisi masa mereka seharian bertenggek, bercengkerama dan meludah di sekitar pusat bandaraya? yang mahu membeli belah, kita sedia maklum, di situlah tempatnya tetapi apa yang saya lihat, mereka hanya bersantai. minum dan makan makanan ringan kemudian membuang sampah di merata tempat. di mana mereka duduk, di situlah sampah mereka ditinggalkan. pergaduhan kecil turut berlaku sesama mereka. saya terserempat seorang lelaki viatnam berdarah kepalannya mungkin diketuk objek keras.
Tolonglah kerajaan Malaysia lakukan sesuatu untuk mengekalkan keindahan badaraya yang kita cintai ini. bandaraya yang saya anggap selamat dahulu kini sudah seakan dirusuh pendatang.
Mari sama2 kita fikirkan....

Sunday, February 11, 2007

barah payudara

Ya Allah, semalam saya dikejutkan dengan satu berita sedih, sayu lagi menggerunkan. seorang dari saudara dekat saya yang sudah disahkan menghidap kenser payudara sejak 6 tahun dahulu kini sudah semakin tenat (tahap 4) yang mana sel kenser sudah merayap sampai ke paru2. saya sudah melawatnya sebaik mendengar berita sedih itu. yang membuat saya menitiskan air mata ialah melihatkan ketabahannya bersama suami melawan penyakit maut itu.

Saya yakin, doktor sudah menerangkan keadaan penyakitnya dan dia sudah maklum tahap kesihatannya serta mungkin juga jangka hayatnya namun dia tampak biasa malah masih mampu tersenyum dan tertawa. Sepatah katanya yang benar2 membuat saya hiba : (SELAGI ADA NAFAS, SAYA MAHU TERUS GEMBIRA). Aduh. Tersentuhnya perasaan saya. saya yang mengesat mata yang pedih sedangkan dia terus tersenyum.

Dia menunjukkan sebuah buku catatan kecil di tepi bantalnya, katanya sebuah catatan perjalanan hidupnya selama melawan penyakit, bagaimana semangatnya dibekalkan suami yang tidak putus2 memberi peransang. Anak2 yang serami 2 orang (12 & 6 tahun) turut memberinya semangat. Meski sebelah payudaranya sudah dibuang 6 tahun dahulu namun suaminya langsung tidak pernah menyebut kekurangannya malah saban hari memujinya kian cantik dan kian bergaya walaupun berat badan semakin menurun dan dia kian cengkung. disangkanya dia sudah bebas sepenuhya, mana sangka dalam gembira rupa2nya sel kenser semakin membiak. Aduh, sepanjang malam saya gagal melelapkan mata. Ini masa dia, masa kita belum pasti lagi.

Apa yang penting, setiap wanita harus peka pada perubahan diri. Periksa sendiri anggota penting kita jangan sampai terlewat.