NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Saturday, September 30, 2006

Lagi Tak Kuduga

Hai, assalamualaikum. Hari ini saya masih lagi mahu bercakap berkenaan novel Tak Kuduga yang sudah7 bulan di pasaran. Novel ke 4 saya itu sudah dijadikan novel bersiri di dalam akhbar tabloit (BACARIA) Barang siapa yang masih belum mendapatkan novel itu, boleh membacanya di dalam akhbar tersebut. Baru episot pertama. Kena tunggu lama baru jumpa klimaks dan anding cerita, tapi walau bagaimanapun, anda harus bersabar. Jika tak sabar, boleh dapatkan novel itu di pasaran. Novel terbitan PRIMA dan diedarkan oleh ALAF 21.