NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Wednesday, January 25, 2006

MEMORI RINDU

Assalamualaikum. Rasanya sudah lama saya tidak bercakap berkenaan MEMORI RINDU. Rindu pula rasanya. Tapi hari ini saya ingin menyentuh sedikit berkenaannya iaitu : Saya dan pihak Creative Enterprise akan bertemu peminat novel di Shah Alam bermula dari 24 Feb 2006 ini di Plaza Alam Central Shah Alam. Saya mungkin berada di sana pada Ahad 26 Feb. Harap dapat ramai jumpa rakan2 dan penggemar novel di sana..........

Wednesday, January 18, 2006

SARAH

hi, saya mahu menyambung cerita berkenaan SARAH.
Setelah hampir 10 tahun suami Sarah nakal di luar, akhirnya dia menghadiahkan Sarah 2 jenis virus penyakit kelamin kpd Sarah. Mungkin sebagai tanda terima kasihnya di atas ketulusan hati Sarah. Kini Sarah menderita penyakit Hipes A & B. Mujur belum melarat jauh, menurut doktor, panyakitnya masih boleh dirawat. Namun begitu, perasaan Sarah pd suaminya tawar sama sekali. W/p suaminya enggan melepaskannya dan banyak pihak menasihatinya agar melupakan peristiwa lama namun hati Sarah sudah retak teruk. Dia rasa terhina dengan permainan tarik tali suaminya serta rasa terhina apabila talak disebut2 sebagai ugutan selain jijik untuk bersama suaminya lagi. Dia sentiasa ingat dan terfikir bagaimana suaminya dijangkiti virus yg memalukan itu. Kini w/p perceraian masih belum difailkan dan sudah pasti belum disahkan oleh undang2 namun Sarah lega. Dia tidak mengharap apa2 meski sekeping sijil cerai. Katanya, hatta tidak diberi padanya pun dia rela terus menyimpan sijil nikah meski itu hanya sekadar koleksi peribadi yang sungguh menyakitkannya.

Kini dalam remaja begitu ghairah menyambut kedatangan Valentine day yg kononnya hari penting bg pasangan kekasih, Sarah terkenang kenyataan suaminya sewaktu mereka sdg asyik dilamun cinta : KITA ORANG ISLAM, VELENTINE DAY HARAM DIRAYAKAN APA TAH LAGI DISAMBUT. Waktu itu Sarah berbangga berjaya menemui lelaki berilmu serta beriman seperti itu. Dia yakin, pilihannya tepat. Di samping menyuruhnya sembahyang, suaminya juga sentisa memakai kepiah putih walau ke mana2 dan mendidik anak cara Islam sejati. Siapa sangka cempedak boleh jadi nangka hanya setelah berubah satu musim cuma.

Selepas ini sy akan ceritakan lagi kisah Sarah. Keadaan penyakitnya serta serba sedikit pengetahuan berkenaan penyakit itu untuk semakan pembaca. Insyaallah.

Friday, January 06, 2006

SARAH

Assalamualaikum. kepada penggemar cerpen dan kawan-kawan yg mengenali saya. Alhamdulillah, cerpen sy yg berjodol SARAH sudah terbit di dlm MAJALAH ANIS keluaran Jan. 2006. Sila dapatkan dipasaran jika anda ingin mengikuti kisah Sarah.

Sebenarnya SARAH, merupakan kisah benar dlm masyarkat dan sy mengenali Sarah, iaitu pelaku di dlm cerpen tersebut. Sewaktu cerpen itu sy garap dan hantar, Sarah msh blm bersedia menuntut keadilan, tetapi kini, alhamdulillah Sarah sdh sedar dan kini merujuk kesnya di JAWI (Unit kaunseling). Dan yg amat menyedihkan saya, akibat dari kelewatan beliau bertindak, Sarah didapati mengidap penyakit kelamin. Buat masa ini sy masih belum bersedia memberitahu anda jenis penyakit kelaminnya tetapi cukuplah jika sy katakan, penyakit tersebut berpunca dr virus yg menghinggapi alat kelamin suaminya. Sarah masih dalam rawatan doktor dan dgn penjelasan doktor di atas penyakitnya, Sarah kini sudah semakin tawar hati pada suaminya.

Sy akan bawakan perkembangan Sarah dari semasa ke semasa. Cerita Sarah bukan utk membentang aib sesiapa tetapi sebagai motivasi kepada kaum wanita sekelian betapa pentingnya kita bersikap tegas dlm menuntut keadilan serta hak.