NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Friday, September 23, 2005

novel Gemersik Kalbu

Saya baru menamatkan pembacaan novel Gemersik Kalbu, (Alaf 21). Temanya biasa namun plotnya begitu kemas & kukuh sehingga kita hampir tidak menenui 1 ruang kosongpun yang memungkinkan kita meleraikan keinginan untuk terus membacanya. Begitu bijak penulisnya memaut hati pembaca sehinggakan sesekali mata saya berair sendiri (sedih). W/pun menggunakan aku (pencerita) namun skopnya meluas, begitu indah bahasa2nya dan setiap 1 bab disudahi dgn keinginan utk terus membuka ke bab seterusnya. Tidak ada 1 bab pun yg kita rasa mahu melangkaunya krn setiap 1nya dirasanya begitu penting. Tahniah kepada penulisnya. Ternyata beliau bukan penulis biasa & sembarangan, beliau begitu berpengalaman. TAHNIAH. Kpd peminat novel melayu..., jgn lepaskan peluang, dapatkan naskah anda sekarang.

Monday, September 19, 2005

novel, cerpen & hasil sastera

Baru2 ini saya didatangi rakan sekerja saya, dia tahu saya minat berkarya dan sdh menerbitkan novel serta banyak sudah cerpen2 saya yang terbit. Katanya, beliau juga menggemari bidang penulisan kreatif seperti saya dan sdh banyak karyanya yang dihasilkan. Malangnya beliau tidak langsung berminat untuk mempublishkannya kerana katanya itu semua hanya untuk koleksi sendiri. Dia tidak mahu menunjuk2 pada orang lain bahawasanya beliau boleh menghasilkan karya. Dia hanya mahu dilihat oleh anak2nya nanti, beliau boleh mengarang dan sesungguhnya beliau juga berjiwa seni.
Saya kagum dgn prinsibnya tetapi pada saya, sebagai org seni, apasalahnya jika kita tonjolkan apa yg sudah kita hasilkan sbg santapan dan sedikit penoman utk pembaca. Penulis juga seperti pelukis dan pengkarya yang lain, kita perlu mewarnai dunia sastera yang kecil ini untuk tampak meriah. Itu kata saya padanya, dan beliau sama sekali tidak bersetuju. Saya kata terserah dia, masing2 punya prinsib hidup. Tepuk dada tanya selera.
Tapi alangkah malangnya jika semua pengkarya mempunyai prinsib begitu, sepilah dunia tanpa karya kreatif. Tiadalah cerpen2 menghiasi seruang kecil di malajah & akhbar tempatan, tiada lah laungan puisi di malam kemerdekaan. Semua orang hanya berpuisi di rumah, di hadapan anak2 dan suami. Di mana harus diletakkan kreativiti bangsa Melayu yang begitu puitis menarik bangsanya ke jalan kebaikan melalui karya2 kreatif. Maka tiadalah seni dan sastera lagi. Mati dan terus menyepi. Sayang seribu kali sayang.....

Thursday, September 01, 2005

MENJEJAK PELANGI JINGGA (MPJ)

Hai, saya dah lama tidak mengabdit blog saya, khususnya MPJ. Bukan krn sdh kurang berminat mahupun jemu, tp... hambatan wkt yg begitu sengit. Ini pun saya terpaksa mencuri dr ruang-ruang yg sempit, demi pelawat2 yg sdh kenal sy & yg blm mengenali.

Di sini sy mahu bercerita sdk tentang MPJ. Br2 ini sy didatangi seorg tmn yg baru menyudahkan pembacaan novel MPJ ini. Ktnya, utk keseluruhan cerita agak baik dan memuas kan, termsk bahasa, dialog, plot serta tema yg bersesuaian cuma katanya.....

KENAPA LAMA SANGAT UTK RAZIF TAHU DIA TIDAK DIJANGKITI HIV AIDS? LEBIH 6 BLN BARU DIA BERSEDIA DIUJI DARAHNYA?

- Sebenarnya, selain saya sengaja melengahkan utk membentuk cerita, jk kita fikir secara logiknya, seseorang yg berkemungkinan mengidap penyakit berbahaya serta membunuh spt. AIDS & BARAH, mereka pastinya mengalami trauma. Dlm kes Razif, dia bkn dr. golongan org medical, jd... pengetahuannya dlm bidang penyakit agak krg mendalam. Selain itu dia begitu gerun melihatkan penderitaan isterinya w/p dia seorg tentera ttp dia jg namanya menusia. setiap manusia akan berasa gerun & takut utk menghdpi kenyataan dlm kehidupan.
- Sbb ke 3, Razif bimbang isteri ke 2nya, Doktor Balqis akan meninggalkannya setelah mendpti dia jg sdh dijangkiti virus maut lagi memalukan itu. dia mahu mempergunakan Dr.Balqis utk kepentingan Norariana demi cinta dan kasihnya pada isteri per 1nya itu. Pun begitu, akhirnya dia terpaksa menghdpi kenyataan sama ada dia dijangkiti atau tdk, setlh hatinya bnr2 mencintai Dr. Balqis.

Okeylah, cukup setakat ini sahaja, cerita berkenaan MENJEJAK PELANGI JINGGA(MPJ). lain kali kita cerita lagi jk msh ada yg mahu penjelasan sy, knp & mengapa sesuatu berlaku di dlm MPJ. Sdhkah anda mendapatkan naskah anda? TERIMA KASIH DARI SAYA. SAMA2LAH KITA MENGHAYATI ERTI KASIH & SAYANG, CINTA & PENGORBANAN.