NOSTALGIA KU DI DUNIA PENULISAN

untuk karya seniku

Thursday, July 28, 2005

MPJ

Ramai yang ingin tahu sinopsis MENJEJAK PELANGI JINGGA, baiklah saya cerita sikit.

Kisah bermula dgn kemalangan isteri Razif yang terkena virus HIV tanpa diketahui suaminya yang alim dan amat mencintainya. Razif pernah bertunang dgn Balqis yg merupakan doktor yg merawat isteri Razif tanpa Balqis mengetahui pesakitnya adalah isteri Razif. Cinta mereka kembali bertaut w/pun tujuan asal Razif mengahwininya krn mahu Balqis menjadi doktor peribadi isterinya yg terlantar sakit. Kesian Balqis kan? Nak tahu selanjutnya bagaimana perjalanan hidup Balqis yg tersiksa jiwanya kerana amat mencintai suaminya, dapatkan MENJEAK PELANGI JINGGA.

Cukup di sini dulu, lain kali cerita lagi.

Wednesday, July 27, 2005

Novel MENJEJAK PELANGI JINGGA


memori rindu


Memori Rindu asalnya saya beri jodol, Menjejak Memori Rindu. tetapi pihak penerbit menyingkatkannya kpd. Memori Rindu di atas alasan kurang menarik di covernya. W/pun saya rasa kurang berpuas hati kerana jodol asal lebih mendlm maksudnya tetapi saya perlu akur. Jika dikira, perkataan MENJEJAK itu sudah cukup membawa satu maksud yg penting krn dlm cerita ini lebih kepada mencari & mencari. Arifin yg mencari anak dan kekasihnya, Fauzi yg mecari ayah dan asal keturunannya, Jalal yg mencari kebenaran dan keadilan, Malisa yg mencari cinta dan identitinya. Semua peristiwa itu dirangkul menjadi sebuah peristiwa yg cukup komplek maka terhasilnya MENJEJAK MEMORI RINDU. Kerana rindu manusia bisa menjadi gila, kerana rindu, manusia bisa menjadi nanar. Hilang pedoman dan perikemanusiaan. tapi walau apapun saya bersyukur jika novel ini dapat memberi sedikit iktibar kpd kita semua. cukup disini dahulu, lain kali saya cerita lagi berkenaan MEMORI RINDU @ MENJEJAK MEMORI RINDU.

Tuesday, July 26, 2005

MENJEJAK PELANGI JINGGA

Hari ini saya menerima naskah contoh untuk novel MENJEJAK PELANGI JINGGA yg diterbitkan oleh RYTHYM. Itu merupakan novel kedua saya selepas MEMORI RINDU yang akan terbit pada Oktober ini. Novel ini tidaklah sepanjang MEMORI RINDU yang mempunyai lebih 500 m/s, MENJEJAK PELANGI JINGGA hanya 300 muka surat.

Ramai yang bertanya saya, kenapa dalam satu masa saya menerbitkan 2 buah novel sekali gus.
Jawapannya ialah: Novel tersebut dihasilkan dalam satu masa. Maksudnya, sewaktu saya menulis MR, saya turut mengarang MPJ.

Setelah saya menulis secara rambang dan kasar MR, saya abaikan dia dalam 3 ke 4 bulan. Waktu itu saya memulakan pengkaryaan saya kepada MPJ. Setelah saya bermesra dan terasa agak bosan dengan MPJ, saya akan kembali kepada MR. Saya kemaskan MR seadanya kemudian saya abaikan lagi. SAya kembali bermesra dengan MPJ, saya abaikan lagi dan kembali kepada MR. Akhirnya apabila saya benar2 berpuas hati dengan MR, baru saya hantar untuk dinilai oleh Creative Interprise, saya kemaskan MPJ dan sedia pula untuk dinilai oleh RYTHYM.

Begitulah yang saya lakukan setiap kali berkarya dan kini saya sedang menyiapkan 2 buah manuskrip novel : WANGIAN PURA KASIH (Tajuk awal) dan WANGIAN BERDURI (juga tajuk awal). Saya tidak tahu yang mana akan siap dahulu. Tunggu dan lihat.

Monday, July 25, 2005

BICARA MEMORI RINDU

Malam minggu baru2 ini saya dihubungi seorang penggemar novel saya MEMORI RINDU, katanya keseluruhan cerita, menarik tetapi beliau tidak berpuas hati dengan anding cerita tersebut yang dianggapnya tergantung. Dia mahu saya memperjelaskan apa maksudnya dengan sebutan 'PAK LONG' di hujung ayat terakhir saya.

Sebenarnya saya sengaja ingin menguja pemikiran dan imeginasi pembaca dengan menggantung hujung ceritanya. Saya sendiri ada kesudahannya, tetapi sengaja menyuruh pembaca membuat andaian sendiri. Sama ada Pak long akan mengamuk lagi dan merusuh dengan dendam yang tidak tertebus atau sudah sembuh dari penyakit mentalnya serta serta mahu memohon maaf. Terserah pembaca. Tetapi jika sekiranya pembaca tidak menemui kesudahannya, saya sendiri akan membantu dengan menyambung novel itu. Temui MEMORI RINDU ke 2 nanti.....

Wednesday, July 20, 2005

Tema Cinta di novel

Ramai yang bertanya kenapa saya masih memilih tema cinta di dalam novel saya sedangkan novel2 bercorak begitu sudah banyak dipasaran.

Jawapan ringkas dan padat dari saya ialah : Saya hanya mahu menanamka minat membaca di kalangan remaja kita. Memang banyak novel cinta di pasaran dan itu yang menarik minat pembaca,bukan sahaja remaja malah orang2 dewasa serta suri rumah juga akan terpanggil untuk turut membaca. Novel pertama saya - MEMORI RINDUtidak 100 % cinta, ianya diselitkan cita2 yang mendalam dibidang pelajaran dan alam pekerjaan. Itu rasanya merupakan motivasi baik untuk remaja yang sedang menuntut dan baru menceburi dunia pekerjaan. Selain itu, moral untuk kaum dewasa dan suri2 rumah pula, bagaimana sebaiknya mendidik remaja yang mempunyai minat yang tidak sama dengan orang tuanya. Tidak terlalu menekan dan memaksa mereka menurut kemahuan ibu bapa selagi tidak menyalahi undang2 dan agama. dendam juga boleh membinasakan. Bukan sahaja masyarakat, keluarga malah diri sendiri. Selain itu, keagamaan turut sama pentingnya dengan pelajaran lain,tanpa pegangan agama yang kukuh, anak2 remaja susah untuk dilembutkan.

Itu diantara lauk pauk yang terdapat di dalam sepinggan MEMORI RINDU. Selamat membaca dan menimba sedikit sebanyak motivasi yang tersedia. Dapatkan di pasaran pada Oktober 2005 ini dari kedai2 buku berhampiran terutamanya CREATIVE SHOP

Tuesday, July 19, 2005

Permulaan kerjaya saya

Ramai yang bertanya, sejak bila dan bagaimana saya boleh menceburkan diri di dunia penulisan sekarang? Apakah agak terlewat untuk saya menerbitkan novel cinta remaja?

Untuk soalan pertama : Saya bermula dari bangku sekolah lagi. Sejak di sekolah rendah, saya sudah didedahkan dengan majalah2 pelajar terbitan DBP oleh abang saya yang memang penggiat sastera, tetapi waktu saya hanya menggemari dan menyenangi cerita kanak2 dan sering berangan2 untuk menjadi salah satu watak di dalam cerita tersebut, langsung tidak termimpi untuk mengarang cerita begitu. Apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah, saya mula mencari sendiri majalah2 sastera dan novel2 remaja. Di rumah saya waktu itu, terkumpulnya koleksi novel kanak2 dan remaja. Ibu saya sering memarahi saya kerana menghabiskan banyak masa dengan membaca buku2 cerita yang menurutnya membazir waktu. SAya pernah membohong ibu saya dengan meletakkan novel di dalam buku pelajaran saya. Mengingatkan perbuatan saya itu saya senyum sendiri. (Betapa bodohnya menipu diri sendiri) Saya bimbang anak2 saya menurut jejak langkah saya.
Bermula di tingkatan 3 saya menyertai peraduan mengarang cerita pendek di sekolah, malangnya tidak satupun yang berjaya. (Mungkin bukan rezeki saya.) Itu tidak pernah melumpuhkan minat saya, saya terus berangan2 untuk mengarang dan berjaya. SAya mengarang sajak dan saya hantar untuk majalah sekolah dan majalah2 DBP, alhamdulillah karya saya tersiar. Bermula dari itu saya semakin bersemangat.

Soalan KEdua : Rasanya usia tidak membataskan cita2 dan miant seseorang. Malah semakin berusia dia, semakin matang fikirannya. PEngalaman mematangkan kita berfikir dan berimaginasi, berfikir dan mengkaji. Saya berasa saya terlalu untuk mengarang cerita cinta remaja kerana saya pernah melalui detik2 yang remaja lalui.

Saya berhenti di sini dahulu, nanti sambung lagi.......

memori rindu

Hai, novel pertama saya dengan Creatif Interprise (MEMORI RINDU) akan terbit pada bulan Oktober ini. Sebuah novel cinta remaja yang rasanya cukup menyetuh perasaan. Harganya RM20.90 sebuah. Jangan lepaskan peluang....

Monday, July 18, 2005

Temui Saya

Saya akan mengiktui CESB mengadakan pameran buku di :-

29.7.2005 - 7.8.2005

(Creative Roadshow 2005)
Tempat : 2nd Concourse, Ground Floor, Berjaya Megamall,Kuantan
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Untuk pelancaran novel sulung saya bertajuk..

MEMORI RINDU

keep to date for more infomation